Berita Harian

Kerajaan serius tangani segera cabaran ekonomi

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi jadi bukti

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Cabaran ekonomi termasuk kejatuhan harga minyak, penganggur­an, COVID-19 dan sektor penting seperti pelanconga­n yang terjejas teruk, akan menjadi perhatian utama Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) untuk ditangani dengan segera.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata beliau amat mengalu-alukan langkah Perdana Menteri menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang akan dipengerus­ikannya sendiri setiap Isnin.

“Penubuhan EAC ini menunjukka­n seriusnya Perdana Menteri dan kerajaan memandang masalah yang sedang dihadapi negara ketika ini.

“Keutamaan kedua saya di kementeria­n baharu ini ialah menyiapkan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) yang sudah dimulakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini (di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan tugas oleh Mohamed Azmin kepada beliau di Putrajaya, semalam.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, beliau mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada Mohamed Azmin dan Dr Mohd Radzi Md Jidin kerana sudah meletakkan asas yang kukuh di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi yang ditubuhkan selepas penubuhan kerajaan baharu pada 10 Mei 2018.

“Dengan ketokohan beliau (Mohamed Azmin), menjadikan kerja saya lebih mudah dan tugas di hadapan cukup mencabar, tetapi kami bersyukur kerana bekas menteri (kini) adalah menteri kanan dan tanggungja­wab termasukla­h dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Kita ada dua menteri kanan, termasuk Mohd Radzi yang cukup faham mengenai hal berkaitan ekonomi dan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama, maka kita berharap akan terus mendapat sokongan daripada mereka berdua.

“Jadi saya berasa cukup bertuah kerana dapat mewarisi satu organisasi yang cukup mantap dan kita sudah bersedia untuk bertugas,” katanya.

Mustapa dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang akan menggantik­an Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi yang sebelum ini disandang oleh Mohamed Azmin.

Penubuhan EAC ini menunjukka­n seriusnya Perdana Menteri dan kerajaan memandang masalah yang sedang dihadapi negara ketika ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia