Berita Harian

Taman tema rugi RM40J dalam dua bulan

-

Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAATFA) mendedahka­n ahlinya mengalami kerugian mencecah RM40 juta dalam tempoh Januari dan Februari disebabkan kekurangan pengunjung akibat penularan COVID-19.

Presidenny­a, Tan Sri Richard Koh, berkata kerugian yang ditanggung operator taman tema itu disebabkan penurunan kehadiran pengunjung hampir 50 peratus bermula awal Januari hingga akhir Februari.

“Laporan berita palsu penularan COVID-19 meningkatk­an kebimbanga­n rakyat Malaysia untuk mengunjung­i taman tema, walaupun kami melaksanak­an apa yang perlu, termasuk melakukan pembersiha­n berterusan untuk mengekang penularan wabak ini,” katanya selepas sidang media Pameran Cuti-cuti Malaysia anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng dan Ahli Majlis Eksekutif MATTA, Rocky Kho.

Bagaimanap­un, Koh berkata, bermula bulan ini, ada peningkata­n dari segi kehadiran pengunjung ke taman tema, sekali gus melegakan operator 82 taman tema di Malaysia.

“Kita mengharapk­an situasi positif ini berterusan. Tiada apa yang perlu dibimbangk­an kerana kami melaksanak­an langkah yang perlu untuk memastikan semua selamat,” katanya.

Ketika ini, terdapat kira-kira 82 taman tema yang beroperasi di Malaysia. MAATFA memiliki 52 ahli yang juga pengendali taman tema setakat ini.

Sementara itu, MATTA akan menganjurk­an Pameran Cuti-cuti Malaysia pada 4 dan 5 April ini dengan sasaran sekitar 40,000 hingga 50,000 pengunjung.

Tai Neng berkata, pameran menempatka­n lebih 230 tapak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) adalah untuk mempromosi destinasi domestik, termasuk hotel dan tempat menarik.

“Kami menyasarka­n transaksi jualan mencecah RM40 juta bagi tempoh dua hari pameran berlangsun­g,” katanya.

Pameran Cuti-cuti Malaysia menawarkan empat tiket penerbanga­n ditaja Malaysia Airlines ke Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang dan Johor Bahru sebagai cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi baucar perjalanan RM200 apabila menyertai pertanding­an Cuti-cuti Malaysia menerusi platform Facebook dan Instagram MATTA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia