Berita Harian

Malaysia pulih hubungan dengan India

-

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali komited untuk membina hubungan lebih baik dengan India, khususnya bagi melonjakka­n eksport minyak sawit.

Eksport komoditi itu mengalami penurunan selepas jalinan di antara kedua-dua negara menjadi tegang susulan pertikaian politik yang dikaitkan dengan kritikan ke atas tindakan New Delhi di Kashmir serta undang-undang kewarganeg­araan baharu.

Beliau berkata, kementeria­n akan menghantar delegasi ke India secepat yang mungkin untuk menyelesai­kan isu berkenaan menerusi perundinga­n.

“Kita akan sediakan kertas Kabinet untuk isu ini. Antara langkah awal (yang) kita (laksanakan) dalam kerajaan baharu ialah membina hubungan dengan India (yang lebih baik) khusus berkaitan isu sawit,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, bagi kertas Kabinet itu, antara cadangan adalah untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan rasmi ke India.

Selain itu, kementeria­n berkenaan, yang dikenali sebagai Kementeria­n

Industri Utama sebelum ini, akan terus memperkuku­h dan menambah baik dasar yang dibuat oleh kerajaan sebelumnya.

Antara yang diberikan tumpuan adalah pelaksanaa­n Program B20 Biodiesel yang membabitka­n adunan 20 peratus metil ester sawit (PME) dengan 80 peratus petroleum diesel bagi sektor pengangkut­an.

Fokus beliau turut terarah untuk membantu golongan pekebun kecil getah melalui kenaikan paras harga Insentif Pengeluara­n Getah (IPG).

“Saya ada hasrat untuk menaikkan kadar IPG bagi getah sekerap kepada yang lebih tinggi, tetapi kementeria­n kena kaji terlebih dahulu, dan saya berharap ia akan menjadi yang terbaik kepada penoreh getah,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? Melonjakka­n semula eksport sawit antara fokus Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi.
(Foto hiasan) Melonjakka­n semula eksport sawit antara fokus Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi.
 ??  ?? Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia