Berita Harian

Senario harga sawit lemah hanya sementara

Buka peluang pelabur beli pada harga rendah

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

JP Morgan menjangkak­an harga minyak sawit mentah (MSM) semasa yang lemah susulan kebimbanga­n kesan COVID-19 adalah bersifat sementara dan membuka peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah.

Bank Pelaburan berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS) itu berkata, sekarang adalah masa sesuai untuk melabur dalam komoditi itu susulan jangkaan peningkata­n permintaan sebaik saja penularan virus berkenaan reda.

“Kami meletakkan saranan kepada saham yang mempunyai kaitan tinggi kepada harga MSM dengan sektor tumpuan adalah Wilmar, First Resources dan Sime Darby Plantation,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Harga MSM susut 19 peratus daripada paras tinggi tahun ini kepada RM2,517 satu tan dengan harga purata RM2,800 satu tan berbanding unjuran tahun ini iaitu RM2,650 satu tan.

Menurut bank berkenaan, kebimbanga­n ke atas permintaan berpotensi dari negara terjejas, terutama China menjadi penyebab utama kejatuhan harga baru-baru ini selaras dengan harga komoditi yang sederhana.

“Analisis kami menunjukka­n setiap perubahan 10 peratus dalam penggunaan China menyebabka­n perubahan satu mata peratus kepada jangkaan pertumbuha­n permintaan global 2020, iaitu kadar asas 6.2 peratus,” katanya.

Mengenai unjuran permintaan global, J P Morgan berkata, ia menjangkak­an prospek permintaan berkembang enam peratus tahun ke tahun pada 2020, meskipun wujudnya pembelian tertangguh berpotensi terutama dari China.

“Kekurangan import minyak sayuran dan produk minyak dan lemak domestik yang lebih rendah akan menyebabka­n lonjakan permintaan apabila situasi COVID-19 semakin reda,” katanya.

Sementara itu, JP Morgan berkata, ketidaksei­mbangan permintaan dan penawaran menjadi kunci kepada harga MSM yang lebih tinggi.

Katanya, penanam di Malaysia dan Indonesia menjangkak­an pertumbuha­n pengeluara­n buah tandan segar (FFB) kepada sifar hingga lima peratus dengan kecenderun­gan ke arah julat yang lebih rendah daripada jangkaan.

“Ia disebabkan kesan aktiviti pembajaan yang rendah dan cuaca kering pada suku ketiga 2019 di mana mengukuhka­n pendirian kami bahawa potensi kehilangan pertumbuha­n industri global dua peratus tahun ke tahun akan menyokong harga MSM lebih tinggi,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? JP Morgan jangkakan peningkata­n permintaan sawit bertambah sebaik COVID-19 reda.
(Foto hiasan) JP Morgan jangkakan peningkata­n permintaan sawit bertambah sebaik COVID-19 reda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia