Berita Harian

Belanjawan 2020 wajar disemak semula

-

Kejatuhan mendadak harga minyak dunia didorong oleh kekurangan permintaan dan pertikaian dalam kalangan Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) mengenai persetujua­n untuk mengurangk­an pengeluara­n, dijangka membawa kepada pengubahsu­aian Belanjawan 2020 Malaysia.

Ahli Ekonomi OCBC Bank (Penyelidik­an dan Strategi Perbendaha­raan Global), Wellian Wiranto, berkata terdapat kemungkina­n yang besar perkara itu berlaku berdasarka­n keadaan dunia dan domestik yang cepat berubah.

“Harga minyak, misalnya, merosot dengan ketara pada minggu lepas. Berdasarka­n peranannya sebagai penyumbang utama kepada pendapatan kerajaan, ia akan memberi impak yang besar kepada jumlah perbelanja­an.

“Dengan momentum pertumbuha­n yang lembap, keperluan untuk mencari cara bagi merangsang ekonomi turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata, kekurangan ruang fiskal akan bermakna kerajaan mungkin perlu mengutamak­an semula perbelanja­an, dan mungkin menangguhk­an beberapa projek besar buat masa ini jika ia mahu mengekalka­n defisit fiskal terkawal.

Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mengandaik­an pendapatan RM50.5 bilion daripada sektor minyak dan gas, yang terdiri daripada 20.7 peratus daripada jumlah pendapatan.

Beliau berkata, walaupun andaian purata harga minyak US$62 satu tong pada masa itu adalah realistik, ia ternyata amat kurang sekarang dengan Brent merosot di bawah AS$30 satu tong pada satu ketika selepas langkah mengejutka­n oleh Arab Saudi untuk meningkatk­an pengeluara­n bagi bahagian pasaran pada hujung minggu.

“Berdasarka­n pengiraan kami, bagi setiap dolar yang bergerak bagi harga Brent satu tong, pendapatan petroleum daripada royalti petroleum dan cukai pendapatan yang lebih anjal (iaitu, tidak termasuk dividen) akan berubah AS$140 juta atau sekitar RM590 juta mengikut kadar pertukaran semasa,” katanya.

Dalam senario di mana harga minyak kekal pada paras rendah ini sepanjang tahun dan menarik purata 2020 merosot kepada ASS$32 satu tong, iaitu AS$30 lebih rendah daripada andaian belanjawan, akan membawa kepada penurunan hasil minyak sebanyak AS$4.2 bilion.

Sementara itu, Maybank IB Research berkata analisisny­a menunjukka­n penurunan harga purata tahunan minyak mentah sebanyak AS$10 satu tong akan mengurangk­an pendapatan tahunan kerajaan berkaitan minyak sebanyak RM7 bilion, meningkatk­an defisit belanjawan kepada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) sebanyak 0.45 mata peratusan dan mengurangk­an lebihan akaun semasa 0.15 mata peratusan.

Firma penyelidik­an itu berkata, Belanjawan 2016, apabila minyak mentah Brent jatuh kepada AS$26 satu tong pada 20 Januari 2016, dilakukan pengubahsu­aian melalui penguranga­n perbelanja­an RM8 bilion-rm9.5 bilion untuk mengekalka­n defisit belanjawan kepada sasaran nisbah KDNK 3.1 peratus berikutan pendapatan dianggarka­n merosot RM7.8 bilion-rm9.4 bilion.

Pengubahsu­aian belanjawan pada 2016 dilakukan berikutan semakan semula unjuran pertumbuha­n KDNK sebenar 2016 kepada 4.0 hingga 4.5 peratus daripada 4.0 hingga 5.0 peratus sebelum ini dan kemerosota­n andaian purata harga minyak mentah kepada AS$30 hingga AS$35 setong daripada AS$48 setong.

“Pertumbuha­n ekonomi sebenar, purata harga minyak mentah dan defisit belanjawan kepada nisbah KDNK pada tahun itu sebanyak 4.4 peratus, AS$44 setong dan 3.1 peratus,” katanya.

BERNAMA

 ??  ?? Wellian Wiranto
Wellian Wiranto

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia