Berita Harian

Langkah bendung kos tak jejas pekerja Airasia

Syarikat pastikan kesinambun­gan perniagaan, keselamata­n operasi penerbanga­n

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Kumpulan Airasia memberi jaminan yang langkah pembendung­an kos yang dilaksanak­an merentas di semua operasi perniagaan­nya tidak akan memberi kesan langsung atau kesan yang minimum kepada semua pekerjanya terutama daripada mereka yang berpendapa­tan rendah.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Bo Lingam, berkata langkah pembendung­an itu dibuat berikutan industri pengangkut­an udara global terus berdepan ketidakten­tuan susulan penularan COVID-19.

Katanya, kumpulan itu telah menyediaka­n pelbagai langkah pembendung­an kos di seluruh operasi perniagaan­nya dengan penekanan untuk meminimumk­an kesan terhadap pekerjanya, sambil memastikan kesinambun­gan perniagaan dengan keutamaan keselamata­n dan keselamata­n operasi penerbanga­n.

“Pembendung­an dan menguruska­n kos sentiasa berada dalam DNA kami sebagai syarikat penerbanga­n kos rendah dan ini adalah satu kualiti yang membezakan kami daripada pesaing yang lain.

“Memulakan perniagaan beberapa bulan selepas tragedi Pusat Perdaganga­n Dunia New York pada 11 September 2001, Airasia mengejutka­n industri pelanconga­n dengan memperkena­lkan perniagaan kos rendah yang membolehka­n semua orang terbang dengan tambang rendah.

“Selain itu, kejadian wabak SARS pada 2002, H1N1 (2009), Ebola (2014), MERS-COV (2015) ditambah dengan pelbagai insiden tsunami, letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir dan taufan bermusim, melembapka­n industri perjalanan tetapi susulan daya tahan, disiplin kos serta strategi pemasaran kontrarian, Airasia mengharung­i semua cabaran ini ini dan terus mencatat pertumbuha­n penumpang yang positif tahun demi tahun,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Lingam berkata, COVID-19 yang mendorong sekatan perjalanan dan pembatalan penerbanga­n juga tidak jauh berbeza dengan dengan ekonomi global yang semakin lemah sejak 18 bulan lalu, wabak itu hanya memburukka­n lagi keadaan.

Katanya, Airasia sebagai syarikat penerbanga­n pasti terjejas oleh kelembapan yang ketara sejak beberapa bulan lalu, seperti kebanyakan syarikat penerbanga­n lain, pihaknya terpaksa membatalka­n banyak penerbanga­n berikutan permintaan yang tidak baik, bukan sahaja untuk laluan China tetapi juga destinasi lain.

“Akibatnya, walaupun aliran tunai kami kekal positif dan masih mampu untuk bergantung kepada perniagaan bukan penerbanga­n, kumpulan perlu berani mencari jalan untuk mengurangk­an kos, memulihara dana dan melindungi masa depan perniagaan­nya.

“Kami memberi jaminan yang langkah pembendung­an ini akan memberi kesan sifar atau minimum kepada hampir semua pekerja terutama mereka yang berpendapa­tan rendah,” katanya.

Airasia katanya, akan terus memantau perkembang­an dan melaksanak­an pemasaran agresif serta strategi pendidikan bagi menanamkan kembali keyakinan untuk melakukan penerbanga­n dalam komuniti pengembara.

 ?? (Foto hiasan) ?? Langkah pembendung­an kos oleh Airasia dijamin tidak akan memberi kesan terutama kepada kakitangan berpendapa­tan rendah.
(Foto hiasan) Langkah pembendung­an kos oleh Airasia dijamin tidak akan memberi kesan terutama kepada kakitangan berpendapa­tan rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia