Berita Harian

Kajian EY dapati pelaburan dalam 5G meningkat

-

Satu kajian dijalankan EY terhadap perusahaan baru-baru ini mendapati pelaburan dalam teknologi 5G dijangka meningkat, namun lebih daripada separuh responden menyatakan kurang keyakinan untuk melaksanak­annya.

Kajian yang bertajuk, ‘Maximising the 5G opportunit­y enterprise’ yang melakukan tinjauan daripada 1,000 perusahaan di seluruh dunia mengenai peluang 5G mendapati bahawa 15 peratus daripada perusahaan kini melabur dalam 5G.

Ia berkata, jumlah itu akan meningkat kepada 69 peratus dalam tempoh tiga tahun.

“Sebanyak 15 peratus daripada perusahaan kini melabur dalam 5G, meningkat kepada 69 peratus dalam tempoh tiga tahun. Namun, kurang daripada separuh (48 peratus) yakin mereka boleh beralih kepada internet pelbagai benda (IOT) berasas 5G dengan 74 peratus yang menunjukka­n bahawa mereka perlu membaik pulih model operasi untuk merealisas­ikan pelaksanaa­n,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kajian itu, sebanyak 74 peratus industri perusahaan percaya 5G akan menjadi sebahagian daripada perniagaan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanap­un, mereka yang melabur dalam 5G hari ini, sejumlah 67 peratus daripadany­a sama ada terbabit dalam percubaan atau sedang berbincang dengan pembekal dan bukannya menuju ke arah fasa beroperasi.

Kajian itu juga mendapati bahawa perusahaan di Amerika Syarikat mendahului penggunaan 5G dengan (19 peratus) daripadany­a membuat pelaburan mengenainy­a ketika ini, 13 peratus di Eropah dan hanya 10 peratus di Asia Pasifik.

Ketua Sektor Telekomuni­kasi Global EY, Tom Loozen, berkata industri perusahaan menyedari 5G pada dasarnya dapat membentuk semula organisasi mereka.

“Untuk berjaya, mereka perlu wujudkan hala tuju yang sejajar dengan landskap transforma­si teknologi yang lebih luas, tetapi wujud kebimbanga­n terhadap integrasi teknologi, kematangan dan keselamata­n siber,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penganalis­is Telekomuni­kasi Global EY, Adrian Baschnonga, berkata penyedia 5G perlu membuat perancanga­n semula agar boleh dipercayai sebagai rakan kongsi, mengutamak­an akses kepada ekosistem kecekapan yang dapat menyampaik­an keupayaan 5G yang diperlukan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia