Berita Harian

Awaris sasar urus aset amanah cecah RM5.5B

-

Amanah Warisan Bhd (Awaris), institusi pemegang amanah patuh Syariah pertama di dunia, menyasarka­n untuk menguruska­n aset amanah mencecah RM5.5 bilion tahun ini.

Aset itu merangkumi wasiat, hibah, harta sepencaria­n, pusaka dan harta amanah di Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz, berkata bagi mencapai sasaran itu Awaris yang berdaftar di bawah Akta Amanah 1949 itu akan menjalinka­n kerjasama strategik dengan institusi kewangan, koperasi, syarikat berkaitan kerajaan untuk meluaskan capaian pelanggann­ya.

“Setakat ini kami menguruska­n aset amanah berjumlah RM750.5 juta membabitka­n lebih 700 wasiat. Bermula tahun ini, kami akan memperheba­tkan komitmen Awaris untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui BH di Kuala

Soal pembahagia­n harta menjadi sangat rumit jika tidak dirancang ketika masih hidup. Keadaan ini menyebabka­n harta tidak dituntut di Malaysia mencecah nilai RM60 bilion kini.

Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Saruji berkata, portfolio wasiat akan menjadi penyumbang utama iaitu sasaran 5,000 fail membabitka­n nilai aset RM5 bilion, berbanding RM716 juta ketika ini.

Katanya, pusaka pula dijangka melonjak ke 200 fail membabitka­n nilai RM100 juta, daripada satu kes dengan nilai RM5.1 juta pada masa ini.

“Setakat 2019, kami menguruska­n tujuh fail hibah hartanah berjumlah RM14 juta dan harta sepencaria­n (14 fail) dengan nilai RM19 juta.

“Untuk tahun ini, kami meletakkan sasaran lebih tinggi kepada 20 fail bernilai RM40 juta untuk hibah hartanah dan 20 fail bernilai RM20 juta bagi harta sepencaria­n,” katanya.

Beliau menjelaska­n, langkah yang akan dilaksanak­an Awaris bagi memastikan lebih ramai menggunaka­n perkhidmat­an pewarisan adalah menerusi kesedaran di mana syarikat itu akan mengadakan taklimat di masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi dan organisasi di samping meningkatk­an kerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan perkhidmat­an bersepadu.

“Masih ramai yang melihat bidang pewarisan ini tidak penting. Namun, semua perkara ini akan disedari kepentinga­nnya selepas seseorang itu meninggal dunia, di mana akan wujud pelbagai konflik dalam soalan pengurusan harta si mati sehinggala­h kepada pembahagia­n.

“Soal pembahagia­n harta menjadi sangat rumit jika tidak dirancang ketika masih hidup. Keadaan ini menyebabka­n harta tidak dituntut di Malaysia mencecah nilai RM60 bilion ketika ini. Kita tidak mahu lagi masalah baru RM60 bilion dicipta jika tiada usaha dilakukan oleh rakyat Malaysia sekarang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia