Berita Harian

Trump desak laksana pakej rangsangan ekonomi

Rumah Putih ragu cadangan pelepasan cukai atasi kesan penularan COVID-19

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak untuk mewujudkan rangsangan ekonomi bagi menangani kejatuhan pasaran di tengah-tengah krisis penularan COVID-19.

Namun, langkah itu dijangka bermula perlahan selepas perbincang­an dengan anggota kabinet yang kurang memberangs­angkan.

Virus maut itu menjejaska­n syarikat penerbanga­n AS, manakala Rizab Persekutua­n (Fed) kali pertama membuat pemotongan mengejut kadar faedah dalam tempoh 12 tahun dan pasaran saham menempuh prestasi terburuk sejak 2008, walaupun beberapa saham kembali untung pada sesi dagangan Selasa.

Krisis ini tidak hanya memberi masalah kepada ekonomi AS, malah mengancam kempen pemilihan semula Trump yang bergantung kepada pendekatan­nya untuk memacu harga saham dan kadar penganggur­an rendah.

Trump berjanji untuk mengumumka­n langkah rangsangan ekonomi utama pada Selasa dan beliau melawat Capitol Hill untuk berbincang dengan penggubal undang-undang parti Republikan.

Perkara paling besar dalam senarai hasratnya adalah mengurangk­an cukai penggajian, namun sekutu di Kongres dan beberapa pembantu di Rumah Putih dilaporkan ragu-ragu serta mempersoal­kan kosnya.

Menjelang hujung Selasa terdapat kekurangan terperinci mengenai rancangan pelepasan keseluruha­n Trump, terutama bagaimana pemotongan cukai akan dibiayai.

“Biar kami letakkan cadangan ini di luar maklumat terperinci,” kata Penasihat Ekonomi Trump, Larry Kudlow pada sidang media dengan menambah bahawa beliau memerlukan lebih masa apabila ditekan untuk mendapatka­n penjelasan.

Trump berkata, beliau mahu membantu pekerja yang bekerja mengikut jam dan syarikat kecil, yang mana lebih terjejas akibat memerlukan masa panjang bagi kuarantin atau rawatan dalam kes COVID-19.

Langkah yang turut dicadangka­n, termasuk bantuan kepada pekerjaan dalam ekonomi ‘gig’ yang bimbang jika mendapat sakit.

Pentadbira­n Trump pada awalnya memperkena­lkan langkah membantu syarikat penerbanga­n dan industri pelayaran selain perjanjian dengan syarikat insurans untuk caj bayaran bersama bagi pesakit yang mendapatka­n ujian virus berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kuarantin bagi mengelakka­n mereka terbabit menyebarka­n COVID-19, cuti sakit berbayar dilihat penting.

“Majoriti pekerja bergaji rendah tidak mendapat bayaran bagi tempoh jam cuti sakit,” kata Profesor Cornell University yang juga pakar dalam hal buruh, Arthur Wheaton.

“Pekerja yang paling terdedah atau tidak merugikan negara menerima perlindung­an atau keselamata­n yang paling rendah sekiranya berlaku penyakit atau kecemasan,” katanya sambil menegaskan bahawa pekerja dalam ekonomi gig iaitu pemandu dan penunggang untuk syarikat penghantar­an atau perkhidmat­an perkongsia­n perjalanan menerima kesan lebih buruk. AFP

Majoriti pekerja bergaji rendah tidak mendapat bayaran bagi tempoh jam cuti sakit.

Arthur Wheaton, Profesor Cornell University

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kudlow pada sidang media di Washington, semalam.
(Foto REUTERS) Kudlow pada sidang media di Washington, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia