Berita Harian

Aliran jualan Puma, Adidas turun mendadak

-

Berlin: Pengeluar pakaian sukan dari Jerman, Adidas dan Puma berhadapan penurunan jualannya di China disebabkan penularan wabak COVID-19.

Syarikat itu juga menjangkak­an jualannya di negara lain juga bakal terjejas disebabkan penularan COVID-19 di luar China semakin meningkat.

Saham Adidas dan Puma, mencatatka­n penurunan dalam beberapa minggu lalu, masing-masing turun 6.3 peratus dan 3.8 peratus menjadikan saham Adidas berada dalam paras terendah dalam tempoh setahun.

Adidas berkata, ia menjangkak­an jualan suku pertamanya di China jatuh 1 bilion euro (RM4.8 bilion) manakala keuntungan operasinya jatuh antara 400 juta euro hingga 500 juta euro.

Puma juga tidak meramalkan perniagaan kembali normal dalam tempoh terdekat disebabkan peningkata­n kes di luar China.

“Memandangk­an tempoh keadaan di China, kesan negatif di Asia dan sekarang sudah merebak ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS), kita menjangkak­an ia tidak akan pulih dalam jangka masa pendek, tidak akan berlaku,” kata Puma.

Jualan Adidas dan Puma di Asia adalah satu pertiga daripada jualan keseluruha­nnya, menjadikan Asia sebagai pasaran pertumbuha­n utama bagi industri barangan sukan pada beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Wabak ini menjadi lebih teruk daripada jangkaan,” kata penganalis­is Jefferies, James Grzinic dalam nota penyelidik­annya.

Adidas memberi amaran pada bulan lalu perniagaan­nya di China menurun sekitar 85 peratus tahun ke tahun.

Pada Rabu, syarikat itu berkata ia mula melihat sedikit peningkata­n dalam aktiviti perniagaan di China, tetapi trafik pembeli semakin merosot di Jepun dan Korea Selatan dan kesannya ke negara lain tidak menentu.

Puma berkata, pasaran Asia seperti Singapura, Malaysia, Jepun dan Korea Selatan, di mana pelancong China sering berkunjung dan membeli baranganny­a di negara itu, merekodkan kejatuhan jualan yang besar, dan ia menyaksika­n penurunan yang ketara dalam trafik pembeli di seluruh Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia