Berita Harian

Australia sedia RM6.62B khidmat kesihatan percuma

-

Sydney: Australia memperkena­lkan pakej kesihatan A$2.4 bilion (RM6.62 bilion) dengan cadangan menubuhkan klinik dan menawarkan kemudahan percuma kepada orang ramai bagi mendapatka­n khidmat nasihat doktor secara dalam talian bagi menangani penularan COVID-19.

Australia bergelut untuk membendung wabak berkenaan yang dijangka menjejaska­n ekonominya dan Jabatan Perbendaha­raan memberi amaran bahawa COVID-19 akan mengurangk­an pertumbuha­n ekonomi sekurang-kurangnya 0.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Kami jangkakan kurang daripada A$1.2 bilion (RM3.31 bilion) akan dibelanjak­an bagi tempoh tahun kewangan ini, terutama apabila virus dan kesannya meningkat pada bulan mendatang,” kata Perdana Menteri, Scott Morrison kepada media di Canberra.

Kerajaan persekutua­n berkata pakej pendanaan terkini itu adalah termasuk A$500 juta (RM1.38 bilion) yang diumumkan minggu lalu bagi membiayai kos sistem kesihatan membabitka­n wabak berkenaan.

Pakej kesihatan yang diumumkan Australia merangkumi khidmat nasihat video percuma kepada pesakit yang dikuaranti­n dan isolasi sendiri.

“Kami memastikan rakyat mendapat akses penjagaan bagi mengelakka­n penyebaran berpotensi terhadap jangkitan,” kata Menteri Kesihatan, Greg Hunt.

Pakej itu akan menjadi tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi berjuta-juta dolar yang akan diumumkan pada Khamis.

Sky News memetik sumber kerajaan, berkata pakej rangsangan dijangka bernilai sehingga A$20 bilion (RM55.2 bilion) dan ia termasuk bayaran tunai one-off sekitar A$500 (RM1,380) kepada pesara, penganggur dan syarikat kecil.

Pejabat Perdana Menteri bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai laporan Sky News.

Agensi penarafan S&P berkata, penarafan kredit ‘’AAA’ Australia tidak terancam susulan kemungkina­n kemeleseta­n teknikal sementara pakej rangsangan fiskal yang dijangka tidak menjejaska­n kelayakan kredit negara.

Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia, Guy Debelle, berkata impak penuh COVID-19 ke atas ekonomi Australia masih tidak menentu, namun kesan gabungan dasar fiskal dan monetari akan menyokong aktiviti ekonomi. REUTERS

Kami jangkakan kurang daripada A$1.2 bilion akan dibelanjak­an bagi tempoh tahun kewangan ini, terutama apabila virus dan kesannya meningkat pada bulan mendatang.

 ??  ?? Scott Morrison,
Scott Morrison,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia