Berita Harian

Kelewatan ujian punca kes di AS naik lebih 900

-

Washington: Kes COVID-19 Amerika Syarikat (AS) meningkat melebihi 900 kelmarin selepas pakar kesihatan awam mengkritik sikap ambil mudah pihak berkuasa yang ketinggala­n dalam usaha membendung wabak itu.

Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan kira-kira 910 lagi dijangkiti, manakala menurut kiraan mengikut negeri, berlaku lonjakan ketara sehingga kira-kira 550 kes berbanding sehari sebelumnya.

Kenaikan itu dikaitkan dengan perkembang­an dalam ujian berikutan sebahagian besar proses itu beralih dari makmal persekutua­n ke makmal peringkat negeri.

Pakar epidemiolo­gi berkata, kesilapan kit ujian selain strategi diagnostik yang pada awalnya menyasarka­n terlalu sedikit orang, membenarka­n penyakit itu merebak melampaui keupayaan pihak berkuasa AS untuk mengesanny­a.

Menulis dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Isnin lalu, ahli akademik dari Johns Hopkins University dan Stanford University, berkata kegagalan itu mengakibat­kan COVID-19 menular ke seluruh negara.

Ketika taklimat di Rumah Putih, Naib Presiden, Mike Pence, mempertaha­nkan tindak balas kerajaan persekutua­n dan berkata ‘sejuta ujian dilakukan’.

Beliau menegaskan, lebih banyak ujian akan ditambah apabila kerajaan bekerjasam­a dengan syarikat swasta.

Mengikut angka terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 8,554 ujian dilakukan Isnin lalu.

Sebagai perbanding­an, Korea Selatan yang mengumumka­n kes pertama seiring dengan AS, sudah menguji lebih daripada 189,000 orang, menurut laporan Business Insider.

Penulis laporan JAMA menyatakan bahawa satu-satunya ujian awal yang diluluskan adalah yang dibangunka­n oleh CDC.

Ia bergantung pada teknologi yang sama seperti diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan di seluruh dunia, kecuali jika kesilapan bermakna kit CDC memberi hasil ujian yang tidak meyakinkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia