Berita Harian

Menteri Kesihatan UK positif jangkitan

-

London: Menteri Kesihatan Britain, Nadine Dorries, 62, disahkan positif COVID-19 selepas sakit Jumaat lalu.

Akhbar The Times melaporkan, beliau kini menjalani perintah kuarantin dan berada dalam proses pemulihan.

Berita itu mencetuska­n kebimbanga­n di Downing Street berikutan Nadine sebelum itu terbabit pada satu acara bersama Perdana Menteri, Boris Johnson, selain bertemu ratusan individu di Parlimen sejak minggu lalu.

Dalam satu kenyataan kepada BBC, Dorries mengesahka­n beliau dijangkiti virus berkenaan.

“Sebaik disahkan positif, saya melaksanak­an semua langkah pencegahan yang perlu dan berada dalam kuarantin di rumah,

“Bahagian Kesihatan Awam England sudah memulakan usaha mengesan kontak dan jabatan serta pejabat Parlimen saya mematuhi semua arahan atau nasihat diberikan,” katanya.

Dorries adalah sebahagian daripada pasukan yang menggubal peraturan khusus untuk menangani penyebaran COVID-19 sebelum jatuh sakit.

Susulan kes itu, pegawai jabatan kesihatan sedang berusaha mengenal pasti semua individu yang pernah berurusan dengan beliau, termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen.

Sementara itu, Itali semalam mencatatka­n hari paling dahsyat dalam krisis COVID-19 dengan jumlah kematian meningkat sebanyak satu pertiga kepada 631 kes, walaupun seluruh negara itu dikuaranti­n.

Di Amerika Syarikat (AS), calon presiden Demokrat, Bernie Sanders dan Joe Biden, membatalka­n perhimpuna­n kempen dan di New York, pengawal kebangsaan dikerah buat kali pertama untuk membantu membendung penyebaran virus itu.

Setakat ini, lebih 119,100 orang dijangkiti coronaviru­s di seluruh dunia dengan 4,298 kematian disahkan.

Selain China, 117 mengesahka­n penularan wabak itu termasuk Belgium dan Congo melaporkan kes pertama manakala Indonesia, Lubnan dan Panama mengesahka­n kematian pertama akibat COVID-19.

 ??  ?? Nadine Dorries
Nadine Dorries

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia