Berita Harian

Kes import meningkat di China

Kebanyakan jangkitan baharu dilapor dari Itali

-

Beijing: China semalam melaporkan peningkata­n kes COVID-19 yang diimport, sekali gus menjejaska­n kemajuan menghentik­an penyebaran virus itu dalam negara.

Suruhanjay­a Kesihatan Negara melaporkan, ada 22 lagi kematian dan 24 kes baharu di seluruh negara itu.

China mencatat kemajuan besar memerangi virus itu, yang mendorong Presiden Xi Jinping, kelmarin melawat Wuhan, bandar pusat penularan coronaviru­s itu dan mengisytih­arkan ‘pada dasarnya dapat membendung’ penyebaran penyakit itu.

Kes baharu susut secara mendadak sejak beberapa minggu kebelakang­an ini, tetapi jumlah semalam menunjukka­n sedikit peningkata­n berbanding hari sebelumnya disebabkan peningkata­n kes import.

Sebanyak 10 kes baharu dari luar negara, kebanyakan­nya dari Itali, negara yang paling teruk terjejas di luar China dan secara keseluruha­n, kini ada 79 kes import.

Enam daripada kes diimport berada di Beijing, yang menguatkua­sa kuarantin 14 hari untuk mereka yang tiba dari negara dianggap berisiko tinggi, termasuk Itali, Iran, Korea Selatan dan Jepun.

Bagaimanap­un, China mencapai kemajuan ketara membendung jangkitan dalam negara.

Kes baharu di Wuhan jatuh ke tahap rendah baharu, dengan 13 jangkitan dilaporkan semalam, manakala hanya satu kes bukan import dilaporkan di tempat lain di negara itu.

Wuhan dan wilayah sekitar di Hubei dikuaranti­n sejak akhir Januari, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, bagi menghalang 56 juta penduduk tempatan memasuki bahagian lain di China.

Namun, dengan Hubei melaporkan kes sifar di luar Wuhan selama beberapa hari berturut-turut, wilayah itu kelmarin mengumumka­n akan membenarka­n orang yang sihat di kawasan berisiko rendah untuk mengembara di wilayah itu.

COVID-19 menjangkit­i hampir 81,000 orang di China setakat ini, dengan majoritiny­a sudah pulih, manakala jumlah keseluruha­n kematian di China meningkat kepada 3,158 orang semalam.

 ?? (Foto AFP) ?? Penduduk memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap peningkata­n jangkitan diimport di Beijing, semalam.
(Foto AFP) Penduduk memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga terhadap peningkata­n jangkitan diimport di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia