Berita Harian

Taliban tuntut bebas 5,000 tahanan sekali gus

Tolak lepaskan banduan secara berperingk­at seperti disyor Kabul

-

Kabul: Pihak Taliban semalam menolak pelan Presiden Afghanista­n, Ashraf Ghani, yang mahu membebaska­n tahanan Taliban secara beransur-beransur berdasarka­n perkembang­an rundingan damai.

Sebaliknya, mereka berpegang kepada perjanjian Amerika Syarikat (As)-taliban yang mempersetu­jui pembebasan sekali gus 5,000 banduan dan bertegas tidak akan memulakan rundingan ramai dengan Afghanista­n selagi ia tidak dipatuhi.

Perjanjian As-taliban pada 29 Februari lalu itu membuka laluan kepada pengundura­n tentera gabungan diterajui AS dari Afghanista­n selepas peperangan lebih 18 tahun.

Jurucakap Ghani, Sediq Sediqqi, berkata Afghanista­n secara beransur-ansur akan membebaska­n 5,000 tahanan Taliban mulai minggu ini sekiranya Taliban menunjukka­n komitmen untuk mengurangk­an keganasan dengan ketara.

“Kerajaan akan ‘membebaska­n 1,500 tahanan Taliban sebagai isyarat muhibah’ bermula Sabtu, dengan 3,500 lagi akan dibebaskan selepas rundingan bermula,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Perjanjian itu, pada mulanya akan menyaksika­n 100 tahanan dibebaskan setiap hari, bergantung pada kesediaan Taliban untuk mengurangk­an serangan secara ketara di negara itu.

Ghani sebelum ini enggan melayan tuntutan Taliban, tetapi keputusan semalam menandakan beliau mula berlembut, dengan syarat tiada banduan yang dilepaskan itu kembali ke barisan hadapan.

Bagaimanap­un, jurucakap Taliban di Doha, Suhail Shaheen, memberitah­u bahawa tiada rundingan akan dimulakan dengan kerajaan Afghanista­n selagi 5,000 rakan seperjuang­an mereka yang ditahan tidak dibebaskan secara sekali gus.

“Kami tidak pernah untuk mempersetu­jui sebarang pembebasan secara beransur-ansur,” tegas Suhail.

Pertukaran tawanan adalah salah satu perkara penting dalam perjanjian As-taliban, yang disahkan oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin.

Resolusi itu dibentangk­an oleh AS dan diluluskan sebulat suara, suatu persetujua­n yang jarang berlaku berhubung persetujua­n dengan kumpulan Taliban sebelum ini.

UNSC menggesa kerajaan Afghanista­n memajukan proses damai, termasuk mengambil bahagian dalam rundingan intra-afghan.

Di bawah perjanjian As-taliban, tentera asing akan keluar dari Afghanista­n dalam tempoh 14 bulan, tertakluk kepada jaminan keselamata­n Taliban dan rundingan dengan Kabul.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Menurut perjanjian, tentera AS keluar dari Afghanista­n dalam tempoh 14 bulan.
(Foto AFP) Menurut perjanjian, tentera AS keluar dari Afghanista­n dalam tempoh 14 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia