Berita Harian

Haqiem ikon tani

MOA lantik penyanyi Lembah Kesepian bantu kempen ajak anak muda berbudi kepada tanah

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Bagi menarik minat generasi muda menceburi bidang pertanian, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MOA) melantik penyanyi Haqiem Rusli sebagai Ikon Selebriti Jelajah Agropreneu­r Muda (JAM) 2020.

Dengan pembabitan artis, objektif utama JAM 2020 mendekati lebih ramai anak muda melalui pendekatan turun padang yang lebih santai, akan tercapai.

Haqiem yang dilantik Ikon Selebriti JAM 2020 mengaku berminat dalam bidang pertanian.

Penyanyi Lembah Kesepian ini sudah lama menyimpan hasrat memiliki kolam ikan tilapia tetapi tidak tahu cara untuk merealisas­ikan projek itu.

Selain itu, kekangan masa akibat komitmen kepada dunia muzik menyebabka­n hasrat memiliki kolam ternakan ikan terpaksa ditangguhk­an seketika.

“Keluarga saya berasal dari Hulu Langat. Aktiviti pertanian bukan sesuatu yang asing buat kami.

“Sejak kecil saya memasang impian membuka kolam ikan. Saya suka memancing ikan dan udang. Tetapi, selama ini, saya tidak tahu kerajaan menyediaka­n pembiayaan untuk anak muda menceburi bidang ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MOA, Putrajaya, kelmarin.

Haqiem berkata, selepas dilantik Ikon Selebriti JAM 2020, barulah dia tahu kerajaan bukan sahaja menyediaka­n bantuan dana, malah kelas bimbingan percuma.

“Saya menggalakk­an anak muda yang meminati bidang pertanian meluangkan masa menyertai siri jelajah yang bakal diadakan di beberapa negeri.

“Banyak maklumat mengenai Program Agropreneu­r Muda disediakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MOA, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata pemilihan Haqiem sebagai Ikon Selebriti JAM dapat menarik generasi muda untuk menceburi bidang pertanian dan industri makanan.

Mungkin selepas ini Haqiem bakal menjadi salah seorang agropreneu­r muda berjaya.

Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MOA

 ??  ??
 ??  ?? Haqiem (tengah) sedia menjelajah seluruh negara untuk mempromosi­kan JAM 2020.
Haqiem (tengah) sedia menjelajah seluruh negara untuk mempromosi­kan JAM 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia