Berita Harian

Zulkifli Zain dibenar keluar hospital

-

Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, masih dirawat di Hospital Universiti Teknologi Mara (UITM) Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang, sejak minggu lalu.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut. Pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu yang berkerusi roda, menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair.

Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, selain berhadapan masalah jantung lemah serta buah pinggang.

Anaknya, Norzaza Zulkifli berkata, bapanya mengadu sakit perut, Jumaat lalu, tetapi kesakitan bertambah teruk keesokanny­a.

“Saya fikir sakit perut biasa sebab ada kala, Papa sukar membuang air besar.

“Pada pagi Sabtu, Papa mengerang sakit perut lagi. Saya lihat muka sudah pucat apabila dia beritahu badan sejuk dan tangan menggeleta­r.

“Saya dan suami terus menghantar Papa ke wad kecemasan di Hospital UITM Sungai Buloh.

“Pemeriksaa­n doktor mendapati, ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi. Buah pinggang pula agak kering dan bermasalah,” katanya kepada HIP.

Norzaza berkata, hasil pemantauan, ada penurunan pada bacaan darah dan buah pinggang.

“Alhamdulil­lah, keadaan kesihatan Papa semakin baik dengan pemantauan dan ubatan yang diberi.

“Semalam, doktor memasukkan darah kerana penurunan darah. Hari ini, bacaan darah bertambah stabil.

“Jangkitan kuman dalam darah dan asid sudah berkuranga­n, cuma masih menerima suntikan antibiotik. Insya-allah, esok Papa boleh pulang jika kesihatan bertambah baik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia