Berita Harian

Mental Tottenham ‘koyak’

Alli enggan salahkan Lloris

-

Leipzig: Pemain tengah Tottenham, Dele Alli mempersoal­kan kekuatan mental pasukannya selepas tewas 0-3 kepada RB Leipzig seterusnya lawan mara dengan agregat 4-0 ke suku akhir Liga Juara-juara buat pertama kali.

Kapten Leipzig, Marcel Sabitzer memanfaatk­an kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris apabila meledak dua gol dalam 21 minit pertama sebelum pemain gantian, Emil Forsberg menambah gol ketiga lewat permainan.

Alli bagaimanap­un enggan menyalahka­n Lloris, tetapi mendakwa pemain Spurs tidak mempunyai mentaliti yang kuat seperti kebangkita­n di pamerkan ketika ketinggala­n 0-3 menerusi agregat menentang Ajax pada separuh akhir musim lalu.

“Kami gagal mengawal bola. Untuk melepaskan gol sebegitu menunjukka­n mental kami tidak kuat,” kata Alli.

“Kami perlu menunjukka­n kematangan dan bertarung, kami gagal berbuat demikian sekali gus dihukum.“

Tidak seperti kebanyakan perlawanan sekitar Eropah minggu ini, tiada sekatan menyaksika­n perlawanan berkenaan kerana penularan COVID-19 sekali gus penyokong Leipzig boleh meraikan malam yang hebat itu.

Finalis musim lalu itu berkunjung ke selatan Jerman tanpa penyerang Harry Kane, Son Heung-min dan Steven Bergwijn.

Leipzig hanya memerlukan 10 minit untuk membuka jaringan apabila penjaga gol, Hugo Lloris gagal menghalang percubaan Sabitzer dari luar kotak penalti.

Tottenham kini gagal menang enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan - rentetan tanpa kemenangan terpanjang di bawah kendalian Jose Mourinho.

Pengendali dari Portugal itu sekali lagi menyalahka­n kekurangan pemain kerana kecederaan termasuk Moussa Sissoko, Davinson Sanchez dan Ben Davies.

“Orang boleh memberi alasan tetapi saya tidak rasa sesiapa boleh bertahan dalam situasi itu,” kata Mourinho.

 ?? (Foto AF) ?? Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris gagal menyelamat­kan percubaan Emil Forsberg dari Leipzig dalam aksi Liga Juara-juara, semalam. Spurs tewas 0-3.
(Foto AF) Penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris gagal menyelamat­kan percubaan Emil Forsberg dari Leipzig dalam aksi Liga Juara-juara, semalam. Spurs tewas 0-3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia