Berita Harian

‘Menteri kena kerap turun padang’

Sokongan padu, moral amat diperlukan jika mahu menang emas Olimpik

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican perlu kerap turun padang bertemu atlet bagi memberi sokongan moral dalam usaha merealisas­ikan misi memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, berkata dengan berbaki kurang empat bulan sebelum temasya itu bermula pada 24 Julai, tidak banyak program atau perubahan yang boleh dilakukan Reezal Merican.

“Namun, beliau tetap perlu memainkan peranannya sebagai menteri. Paling utama kerap bertemu atlet dan persatuan sukan yang terbabit dengan Olimpik, sokongan padu daripada beliau sangat diperlukan dalam tempoh ini.

“Lagi satu, jika berjaya memenangi emas, beliau tidak boleh menerima kredit kerana program

Ujian sebenar beliau adalah selepas tamat Olimpik Tokyo, persiapan bagi menghadapi Olimpik Paris 2024, Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2022 serta Sukan SEA 2021.

Zolkples Embong,

yang dijalankan ketika ini adalah produk daripada menteri-menteri sebelum ini. Program sudah bermula sejak tamat Olimpik Rio 2016.

“Bagaimanap­un, jika gagal pula, kita tidak boleh salahkan beliau.

“Ujian sebenar beliau adalah selepas tamat Olimpik Tokyo, persiapan bagi menghadapi Olimpik

Paris 2024, Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2022 serta Sukan SEA 2021,” kata Zolkples kepada BH Sukan.

Terdahulu, Reezal Merican pada sidang medianya selepas memulakan tugas di Kementeria­n Belia dan Sukan, semalam berkata misi memburu emas pertama di Tokyo akan menjadi keutamaann­ya.

Mengulas lanjut, Zolkples turut mengingatk­an Reezal Merican agar tidak malu mendapatka­n pandangan daripada individu yang berpengala­man bagi membantu beliau menetapkan hala tuju sukan negara.

“Saya nasihatkan agar beliau mendengar nasihat daripada orang yang betul dan bukannya daripada mereka yang mempunyai agenda peribadi. Jangan dengar satu atau dua pihak sahaja.

“Tidak salah dapatkan pandangan daripada banyak pihak kerana pada akhirnya beliau sebagai menteri yang buat keputusan apa yang terbaik untuk sukan negara,” kata Zolkples.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah ?? Reezal Merican bersama Timbalanny­a, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan) dan Ketua Setiausaha KBS, Dr Waitchalla RRV Suppiah (dua dari kanan) di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah Reezal Merican bersama Timbalanny­a, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan) dan Ketua Setiausaha KBS, Dr Waitchalla RRV Suppiah (dua dari kanan) di Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia