Berita Harian

Misi Reezal Merican

-

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata misi memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan akan menjadi keutamaann­ya.

Katanya, beliau akan mempengeru­sikan Jawatankua­sa Pemandu Program Road to Tokyo (RTT) bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai persiapan atlet menghadapi temasya terbesar dunia itu.

“Sememangny­a ini adalah idaman dan impian rakyat Malaysia untuk melihat kita memenangi emas pertama di Olimpik Tokyo. Jadi, keutamaan untuk tempoh jangka pendek ini adalah Olimpik Tokyo.

“Saya dimaklumka­n persiapan atlet kita di landasan terbaik dan saya berharap impian memenangi emas pertama akan menjadi realiti,” katanya ketika sidang media ketika memulakan tugas di Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di sini, semalam.

Terdahulu, Reezal Merican tiba di KBS bagi memulakan tugas pada jam 12.56 tengah hari.

Beliau disambut timbalanny­a,

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut memulakan tugas hari pertama, selain Ketua Setiausaha KBS, Dr Waitchalla RRV Suppiah dan pengurusan kanan kementeria­n.

Mengulas lanjut mengenai persiapan ke Olimpik Tokyo, Reezal Merican, berkata seramai 35 atlet dijangka layak beraksi pada temasya itu yang dijadual bermula 24 Julai hingga 9 Ogos.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut memberi jaminan program pembanguna­n esports yang mendapat perhatian di bawah kepimpinan sebelum ini akan diteruskan.

“esports ini mendapat populariti dalam kalangan anak muda. Jadi, tidak adil jika menteri baharu datang dan terus nak hapuskan.

“Saya faham ada yang mahu sukan tradisiona­l diberi promosi yang lebih sebagai budaya kehidupan tetapi kita tidak boleh nafikan fenomena yang sedang tular atau ledakan yang hebat ini.

“Buat masa sekarang esports masih berada di atas meja saya dan saya akan teliti apa lagi yang kita boleh dilakukan untuk menjadikan ia lebih sihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia