Berita Harian

Megat terkejut tindakan Barredo tetap tarikh

-

Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berang dengan tindakan Presiden Jawatankua­sa Paralimpik Filipina (PPC), Michael Barredo yang membuat keputusan bersendiri­an berhubung tarikh baharu Sukan Para ASEAN.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin, berkata beliau dan barisan EXCO terkejut dengan tindakan Barredo yang mengumumka­n tarikh baharu temasya bermula 26 Mei hingga 2 Jun.

“Kesannya memang ada, tarikh yang dicadang Filipina itu tidak dibawa ke Mesyuarat Persekutua­n Sukan Para ASEAN (APSF) dan tidak silap saya ia serentak dengan sambutan Aidilfitri ketiga.

“Kita memang perlukan tarikh sebenar tapi kalau seperti ini ia mengejutka­n dan kacau persediaan atlet. Sebab itu, MPM perlukan kepastian.

“Jadi, kita akan bincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta mengadakan sidang video bersama APSF minggu depan (Isnin). Apa yang mereka buat ini tiada garis panduan dan hitam putih.

“Sebelum membuat keputusan kita perlu adakan mesyuarat terlebih dulu. Tidak adil pilih tarikh tanpa mesyuarat, ini yang MPM ingin tekankan,” katanya pada sidang media, semalam.

Ditanya berkemungk­inan temasya itu akan diadakan selepas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Megat D Shariman tidak menolak kemungkina­n berkenaan.

“Kita juga ada mendengar ura-ura, secara tidak rasmi Thailand mahu menggantik­an Filipina sebagai tuan rumah,” katanya.

Sukan Para ASEAN 2019 pada awalnya dijadualka­n berlangsun­g pada 18 hingga 24 Januari, namun ditunda kepada 20 hingga 28 Mac sebelum ditangguhk­an buat kali kedua susulan penularan COVID-19.

Jadi, kita akan bincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta mengadakan sidang video bersama APSF minggu depan (Isnin). Apa yang mereka buat ini tiada garis panduan dan hitam putih.

Megat D Shahriman Zaharuddin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia