Berita Harian

Shah Firdaus sah teman Azizulhasn­i ke Tokyo

-

Melaka: Persekutua­n Berbasikal Antarabang­sa (UCI) mengesahka­n Malaysia sudah meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun bersama 36 negara lain.

Pengesahan itu disampaika­n Ketua Jabatan Trek UCI, Gilles Peruzzi kepada Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi e-mel bertarikh 9 Mac, yang turut dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaska­n beliau mengutus sepucuk surat kepada UCI untuk mengetahui status sebenar penyertaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di Olimpik 2020.

“Kita sebenarnya hanya tahu secara samar-samar. Pada dasarnya kita dimaklumka­n MSN (Majlis Sukan Negara) bahawa Mohd Azizulhasn­i (Awang) layak secara merit dalam dua acara iaitu keirin dan pecut

“Pada masa yang sama, kita dimaklumka­n Muhammad Shah Firdaus juga layak. Istilahnya ialah ‘by nation’. Justeru, untuk dapatkan maklumat tepat, PKBM mengutus sepucuk surat kepada UCI.

“Jawapan diterima pada 9 Mac lalu. Alhamdulil­lah Malaysia akan diwakili Azizulhasn­i dan Shah Firdaus pada Sukan Olimpik 2020 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederas­i Berbasikal Asia (ACC), mengakui sangat bangga dengan pencapaian kedua-dua pelumba itu yang meneruskan detik kecemerlan­gan trek di Olimpik 2008 di Beijing dan Olimpik 2012 di London.

“Sebelum ini kita ada kombinasi Mohd Azizulhasn­i dan Josiah Ng. Maknanya kita masih mampu teruskan tradisi kecemerlan­gan dalam acara trek di Sukan Olimpik,” katanya.

Malaysia akan mengibar cabaran benua Asia di Sukan Olimpik 2020 bersama tuan rumah Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, China dan Kazakhstan.

Daripada lima negara Asia itu, hanya Malaysia, Jepun dan Hong Kong meraih dua tiket maksimum dalam acara keirin serta pecut.

 ??  ?? Azizulhasn­i (kanan) bersama Shah Firdaus menjadi sandaran negara memburu kilauan emas pada temasya Olimpik Tokyo 2020.
Azizulhasn­i (kanan) bersama Shah Firdaus menjadi sandaran negara memburu kilauan emas pada temasya Olimpik Tokyo 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia