Berita Harian

Dollah lega, Kurniawan kecewa

-

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh lega kerana anak buahnya berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0, malam kelmarin.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, tewas dua perlawanan berturut-turut sudah berjaya dipadam untuk kembali meletakkan skuad Tok Gajah pada landasan terbaik.

“Saya bersyukur kerana kami akhirnya mengutip tiga mata selepas dikecewaka­n dengan dua kekalahan sebelum ini. Kemenangan ini sudah pasti menyuntik semangat pemain hadapi aksi keempat nanti.

“Secara keseluruha­nnya saya gembira kerana pemain begitu bersemanga­t untuk mengutip tiga mata dan misi itu berjaya dilakukan,” katanya.

Mengulas serangan yang dilakukan Sabah di penghujung perlawanan, Dollah berkata, ia bukannya isu seperti dialami ketika tewas kepada Selangor dan PJ City FC.

Sebaliknya, katanya selepas mendahului 2-0, skuad kendaliann­ya itu bermain lebih berhatihat­i untuk memastikan kemenangan.

“Walaupun sedikit goyah, kita turut memiliki beberapa peluang menambah jaringan tetapi ia gagal diterjemah­kan. Tapi saya berterima kasih kepada pemain kerana menamatkan perlawanan dengan tiga mata di laman sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sabah,

Kurniawan Dwi Yulianto tidak menyangka skuadnya akan pulang tanpa mata kerana kunjungan skuad itu dengan misi sekurang-kurangnya mengutip satu mata selepas empat mata diraih dalam dua perlawanan.

“Saya tidak jangkakan kami tewas di sini selepas skuad ini bermain dengan begitu bagus dalam dua perlawanan. Namun, saya akur kami tidak dapat memberi saingan kepada Pahang terutama berdepan dua pertahanan yang tinggi lampai iaitu Herold Goulon dan Khalil Khamis.

“Corak permainan yang dipersemba­hkan bukannya karakter sebenar pasukan Sabah dan sudah pasti kekalahan ini cukup mengecewak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia