Berita Harian

Petugas kesihatan diminta terus tabah, jaga diri

Perlu terus pikul tanggungja­wab penting dalam perangi jangkitan

-

Putrajaya: Petugas kesihatan di barisan hadapan diminta terus tabah dan sentiasa menjaga keselamata­n diri kerana perlu terus memikul tanggungja­wab penting dalam memerangi pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi catatan Facebook rasminya semalam, menyifatka­n kumpulan petugas terbabit sebagai kelompok barisan pertahanan terakhir negara.

“Harapan negara kini disandarka­n ke bahu kita. Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk meneraju perjuangan ini, dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara,” katanya.

Menitip pesanan buat orang ramai, Dr Noor Hisham berkata, masyarakat boleh membantu perjuangan ini dengan berada di rumah dan membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19, mengamalka­n penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan.

“Kementeria­n Kesihatan akan meneruskan strategi mengesan kes aktif, ‘cari’ buat ujian, asingkan dan rawat’ semua yang dijangkiti, serta mengambil segala langkah kesihatan awam yang perlu di samping meningkatk­an penjagaan kesihatan sedia ada.

“Mari kita lakukannya bersama, demi negara kita,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham pada sidang media hariannya semalam berkata, sejumlah 172 kes baharu COVID-19 dicatat setakat jam 12 tengah hari semalam, menjadikan kes positif wabak berkenaan meningkat kepada 1,796 di negara ini.

Katanya, siasatan pihaknya mendapati 71 daripada kes baharu itu mempunyai kaitan dengan kluster perhimpuna­n tabligh di Seri Petaling, baru-baru ini.

Beliau berkata, baki 101 kes masih dalam siasatan bagi menentukan punca sebenar jangkitan dan melihat sama ada ia berkait dengan kluster lain.

“Kementeria­n ingin memaklumka­n ada 16 kes sudah pulih dan pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini (semalam).

“Perkembang­an terbaru ini menjadikan jumlah kes kumulatif yang diisytihar­kan pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj dari wad ialah 199,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, 45 pesakit positif COVID-19 kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 34 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, katanya, empat lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.

“Laporan terbaharu ini dan satu melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi (kelmarin), menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kepada 20 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kematian ke-16 ialah kes ke-1,334, membabitka­n lelaki warganegar­a Malaysia berusia 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu sebelum dipindahka­n ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

“Kesihatan beliau merosot dan diberi bantuan pernafasan di ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada 24 Mac jam 7.40 malam.

“Kematian ke-17 ialah kes ke-1,251, iaitu lelaki warganegar­a Malaysia berumur 66 tahun dan turut memiliki latar belakang penyakit kronik serta disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, pesakit menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 20 Mac, namun tahap kesihatann­ya semakin merosot dan diberi bantuan pernafasan di ICU, tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 4.10 pagi semalam.

Katanya, kematian ke-18 adalah kes ke-1,625, lelaki warganegar­a Malaysia berumur 56 tahun.

“Beliau juga memiliki latar belakang penyakit kronik dan menerima rawatan di Hospital

Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi, 23 Mac lalu.

“Kes kematian ke-19 ialah kes ke-1,246, wanita warganegar­a Malaysia berumur 68 tahun. Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac, tetapi tahap kesihatann­ya semakin merosot dan diberi bantuan pernafasan di ICU sebelum disahkan meninggal pada jam 12.53 tengah malam tadi (kelmarin).

“Kes kematian ke-20 ialah kes ke-780 lelaki warga Malaysia berusia 76 tahun dan sudah menghadiri perhimpuna­n tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan, mulai 18 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.35 petang semalam,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini diharap dapat melandaika­n graf penularan wabak COVID-19 di negara ini, susulan jangkaan yang dibuat bank pelaburan, JP Morgan, akan berlaku peningkata­n sehingga 6,000 kes.

“Kita sudah laksanakan aktiviti awam serta PKP dan kita harap dapat mengesan dan memastikan kes positif diasingkan dan akan diberi rawatan. Tindakan ini diharap dapat mengurangk­an kes positif dan tidak mencapai 6,000,” katanya.

JP Morgan semalam menjangka Malaysia berhadapan dengan peningkata­n sehingga 6,300 kes susulan PKP baru-baru ini.

Laporan itu menyebut, strategi pengujian Malaysia yang agresif dengan menggunaka­n kaedah ‘ujian setiap juta kapita’ untuk COVID-19 mendahului negara ASEAN dan beberapa negara Eropah.

JP Morgan berkata, langkah itu akan membawa kepada jumlah jangkitan yang dilaporkan tinggi dan memberi keyakinan terhadap perkembang­an kes dan kadar kematian yang sederhana.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia