Berita Harian

‘Geng 8’ sabotaj City

Hantar permohonan ke CAS halang beraksi di Liga Juara-juara

-

London: Beberapa kelab teratas bola sepak Inggeris didakwa menghalang percubaan Manchester City beraksi di Liga Juara-juara ketika rayuan The Citizens terhadap penggantun­gan dua tahun beraksi di liga elit Eropah itu masih berlangsun­g.

Sportsmail mendedahka­n 10 pasukan teratas - kecuali City dan Sheffield United - sudah mengemukak­an permohonan bersama kepada Mahkamah

Timbang Tara Sukan (CAS) yang akan mendengar rayuan City terhadap hukuman dikenakan UEFA kerana melanggar peraturan Kewangan Fair Play.

Kumpulan itu, termasuk Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Chelsea, sudah menulis surat secara berasingan kepada firma undang-undang sama, yang kemudianny­a menghantar permohonan yang disokong pasukan lain kepada mahkamah berkenaan.

Antara yang dinyatakan semua kelab itu membantah sekiranya City meminta hukuman mereka ditangguhk­an sementara rayuan sedang berjalan.

Namun, difahamkan permintaan berkenaan tidak dibuat oleh juara Liga Perdana itu.

Langkah ini adalah perkembang­an penting dan ia memberikan petunjuk jelas mengenai pandangan yang kurang jelas bahawa keseluruha­n kelab teratas mengambil tindakan sendiri terhadap kelakuan City.

Tindakan tegas yang cuba diambil kumpulan terbabit didedahkan sumber yang mengetahui mengenai perkara itu.

“Sudah terlalu lama City dapat melepaskan diri dengan melanggar peraturan yang mengorbank­an sekurang-kurangnya satu kelab lain yang tidak dapat menyertai saingan Liga Juara-juara.

“Kebimbanga­n ketika ini adalah jika mereka dapat menangguhk­an sebarang hukuman dan sekiranya rayuan memihak kepada mereka, ia akan menjadi tindakan yang keterlalua­n,” kata sumber berkenaan.

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia