Strategi sekat COVID-19

Ujian saringan besar-besaran dilaksana di kawasan berisiko tinggi

Berita Harian - - Muka Depan -

Kawal pergerakan

Kerajaan melanjutka­n tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April

Cari dan rawat

Kementeria­n Kesihatan Malaysia akan mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit

Tambah kapasiti

Ujian saringan akan dilakukan pada skala lebih besar, khususnya di kawasan berisiko tinggi

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam mengumumka­n beberapa strategi untuk menghadapi penularan wabak COVID-19 yang dijangka terus meningkat bagi mempersiap­kan rakyat supaya terus cekal dan tabah menghadapi situasi yang semakin mencabar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat pengumuman itu berkata kerajaan terpaksa mengambil tindakan lebih drastik kerana bimbang jumlah kes COVID-19 meningkat berkali ganda jika kerajaan tidak melakukan apa-apa.

Antara langkah utama diumumkan ialah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutka­n dua minggu lagi sehingga 14 April.

Pada 16 Mac lalu, Muhyiddin mengumumka­n PKP bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Muhyiddin juga berkata, strategi kerajaan untuk membendung wabak ini adalah dengan mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit.

Kapasiti Kementeria­n Kesihatan juga akan dipertingk­atkan untuk melakukan ujian saringan secara besar-besaran, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi.

Mengarahka­n semua kementeria­n untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat seperti bekalan makanan, elektrik, air, kutipan sampah, pembetunga­n, kemudahan komunikasi dan logistik sepanjang tempoh PKP.

Perdana Menteri menjelaska­n lanjutan tempoh PKP dibuat selepas Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mendapati kes positif COVID-19 masih berlaku dan trend itu dijangka berterusan untuk beberapa ketika.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam sebanyak 172 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif mencecah 1,796 dengan 19 kematian.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama tak perlu balik ke asrama, pejabat yang ditutup tak perlu dibuka lagi.

“Bertenang dan jangan panik. Tidak perlu membeli makanan berlebihan kerana bekalan adalah mencukupi. Tempoh kuat kuasa PKP ini juga akan dikaji dari semasa ke semasa,” katanya dalam perutusan khas selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil semua inisiatif yang perlu untuk mencegah penularan wabak ini sehingga dapat memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.

Tegas beliau, strategi kerajaan hanya akan berjaya jika orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus COVID-19 menerusi pergaulan harian.

“Jadi, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lama.

“Apapun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharung­inya,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan mengumumka­n beberapa inisiatif untuk meringanka­n beban rakyat sepanjang tempoh menghadapi penularan wabak itu.

Antaranya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang lebih menyeluruh, diumum esok, selepas mesyuarat khas Kabinet.

Beliau memberi jaminan pakej itu akan memberi manfaat kepada semua dan tidak akan ada mana-mana golongan tertinggal.

Semalam, Perdana Menteri turut mengumumka­n langkah penangguha­n bayaran dan penstruktu­ran semula pinjaman bank membabitka­n nilai sekurang-kurangnya RM100 bilion dalam usaha membantu rakyat menghadapi kesan COVID-19.

Menerusi langkah itu, bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguha­n bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 1 April. Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.

Bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah dan asnaf, Muhyiddin meminta Pusat Pungutan Zakat di semua negeri dan organisasi kebajikan membantu mereka yang menghadapi keadaan yang sukar ketika ini.

Muhyiddin mengakhiri perutusann­ya yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen utama dengan membaca doa agar rakyat, negara dan seluruh umat manusia dilindungi Allah SWT.

(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh)

Perutusan Khas Perdana Menteri disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.