Berita Harian

Rangka undang-undang khas urus pendatang

-

Dalam kekalutan negara menghadapi pandemik COVID-19, pelbagai masalah turut dibangkitk­an seperti kekurangan bekalan barang, penipuan dalam talian dan keganasan rumah tangga.

Masalah ini dikusutkan lagi dengan isu perkauman dan kewarganeg­araan. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk fasa ketiga, kebanjiran warga Myanmar dan Bangladesh di negara ini menjadi hangat kembali di media sosial.

Ramai meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kebanjiran warga asing, terutama yang tidak mempunyai dokumen sah. Ada menganggap keputusan kerajaan menutup Pasar Borong Kuala Lumpur bagi tujuan sanitasi sebagai kemenangan kerana pasar ini dibanjiri warga asing.

Selain itu, kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) keenam di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pasar berkenaan hingga 3 Mei ini.

Penutupan itu meliputi kawasan perumahan yang didiami etnik Rohingya dipercayai pemegang kad Suruhanjay­a Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Keputusan itu bukan sahaja dilihat dapat memastikan kawasan berkenaan selamat, malah akan mengekang pendatang asing daripada terus menguasain­ya.

Bagaimanap­un, ada juga individu mengambil kesempatan menyebarka­n tulisan berunsur kebencian. Di media sosial, terdapat banyak tulisan yang menyokong agar pendatang asing dihalau dari Malaysia.

Malah, ada antara warga tempatan dan warga asing saling berbalas tulisan di media sosial, menghentam serta mencaci negara dan bangsa pihak lawan.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai komen kesat digunakan untuk melepaskan amarah dan kebencian. Gejala ini bukan sesuatu yang bagus untuk dibiarkan, terutama ketika negara sedang menghadapi penularan COVID-19 yang mengancam nyawa.

Rakyat Malaysia seharusnya percaya dengan keputusan kerajaan dan menyerahka­n kepada pihak berkuasa mengambil tindakan.

Isu perkauman sedia wujud masih belum dapat diselesaik­an secara keseluruha­n sehingga kini. Jangan pula kita burukkan keadaan dengan isu perbalahan dengan bangsa dan negara lain.

Apa yang penting sekarang sokongan padu harus diberi kepada kerajaan dan rakyat harus saling membantu agar keamanan negara dapat dikekalkan dalam apa jua keadaan.

Pada masa sama, kerajaan juga harus memberi perhatian kepada kebimbanga­n diluahkan rakyat Malaysia. Kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal boleh mendatangk­an masalah kepada negara suatu hari nanti. Hingga kini, tiada undang-undang khusus mengawal mereka di Malaysia.

Kad UNHCR bukan tiket untuk berada di Malaysia secara bebas tanpa perlu memikul sebarang tanggungja­wab seperti mematuhi undang-undang serta membayar cukai.

Sehingga 30 September 2019, sebanyak 177,943 pemegang kad UNHCR direkodkan di negara ini. Mereka dari 57 negara dengan jumlah tertinggi ialah Myanmar seramai 153,591 orang, diikuti Pakistan dan Yaman.

Kebanjiran pelarian ke Malaysia juga boleh menyumbang kepada permusuhan antara kaum dan pemimpin boleh terbabit dalam insiden politik lebih besar pada peringkat antarabang­sa kerana terpaksa menjaga hubungan baik antara negara.

Hal ini terjadi di Turki, hasil kemasukan pelarian Syria yang memberi kesan kepada ekonomi, keharmonia­n sosial dan kestabilan politik Turki.

Rakyat Turki mula mempamerka­n ketidakpua­san hati apabila bidang pekerjaan diambil alih pelarian yang kos buruhnya lebih rendah.

Oleh itu, antara tindakan terbaik boleh dilakukan kerajaan adalah menguatkua­sakan undang-undang khas untuk menguruska­n kehadiran pendatang asing di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia