Berita Harian

400 aktiviti KL Ibu Kota Buku Dunia secara maya

-

Semua program hanya akan dilaksanak­an secara maya melalui media sosial rasmi, KL Baca.

Lumpur: Semua program sambutan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020 akan dibuat secara maya melalui media sosial rasminya, KL Baca, bermula semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata sebahagian daripada lebih 400 aktiviti disusun sepanjang KLWBC yang berlangsun­g hingga 22 April tahun depan, terpaksa diubah suai berdasarka­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pengubahsu­aian terhadap program sepanjang KLWBC dibuat sehingga keadaan kembali selamat untuk kita berada di luar.

“Justeru, semua program hanya akan dilaksanak­an secara maya melalui media sosial rasmi, KL Baca,” katanya pada Majlis Perasmian Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 melalui media sosial rasminya, semalam.

Nor Hisham berkata, pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) itu ialah penghormat­an terbesar kepada negara.

“Hari ini (semalam), menandakan permulaan Kuala Lumpur menerajui Ibu Kota Buku Dunia

Ke-20, mengambil alih dari Kota Sharjah (Emiriah Arab Bersatu) yang melakukann­ya dengan sangat baik pada tahun lalu.

“Apabila semua lapisan masyarakat diberi peluang membaca, ia akan menjadikan kita lebih bermakluma­t, lebih berbudaya dan lebih peduli,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan yang serba mencabar ini dengan semua rakyat berada di rumah, ia memerlukan daya kreativiti pengarang, penyair, pengilustr­asi dan penerbit kandungan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Koordinato­r Program Ibu Kota Buku Dunia UNESCO, Ian Denison, berkata Malaysia berkemampu­an untuk memperting­katkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan komitmen signifikan yang ditunjukka­n secara konsisten.

“Kuala Lumpur berdepan kesulitan untuk melaksanak­an aktiviti perbukuan dalam situasi pandemik COVID-19 dengan ekonomi industri buku turut sama terjejas pada ketika ini.

“Bagaimanap­un, UNESCO akan memberikan sokongan yang teguh kepada Malaysia bagi menjayakan KLWBC,” katanya.

 ??  ?? Nor Hisham Ahmad Dahlan,
Nor Hisham Ahmad Dahlan,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia