Berita Harian

Dr Nur Amalina sertai pasukan uji vaksin

-

Kuala Lumpur: Pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggot­ai pasukan pengujian vaksin COVID-19 pertama di United Kingdom (UK).

Perkara itu dinyatakan Dr Nur Amalina di Twitternya, kelmarin.

“Ujian vaksin UK pertama sudah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility diketuai Dr Katrina Pollock.

“Saya akan terbabit dalam merekrut sukarelawa­n yang sihat dan memberi mereka vaksin dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n, pengujian di pusat kajian Imperial itu membabitka­n satu daripada dua vaksin.

”Usaha yang hebat daripada pasukan Imperial dan kami sangat teruja untuk melihat hasilnya,” katanya.

Dr Nur Amalina turut berkongsi ciapan @Imperialme­d berhubung pencarian sukarelawa­n yang akan terbabit.

UK ketika ini menyediaka­n dana sebanyak 22.5 juta euro untuk mempercepa­tkan kajian vaksin COVID-19 yang dilakukan Imperial.

Penyelidik­an itu diketuai Profesor Robin Shattock di Bahagian Penyakit Berjangkit dan dana itu akan digunakan untuk penyelidik­an satu daripada dua vaksin coronaviru­s.

Pemberian dana khas itu diumumkan Setiausaha Kesihatan

UK Matt Hancock yang turut menjelaska­n, penyelidik­an oleh Imperial dan Universiti Oxford adalah usaha terbaharu dalam menangani wabak global itu.

Pasukan Profesor Shattock sejak awal Februari lalu sudah menguji vaksin dan penemuan awal terhadap haiwan yang diuji mendapati vaksin itu mampu meneutralk­an antibodi bagi menentang SARS-COV-2.

Ketika ini, pasukan terbabit sedang menghasilk­an vaksin seterusnya dan akan menguji sama ada ia akan menghasilk­an tindak balas yang serupa terhadap manusia, seterusnya berjaya melindungi daripada COVID-19.

 ??  ?? Nur Amalina Che Bakri
Nur Amalina Che Bakri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia