Berita Harian

Kilang periksa kebersihan rumah pekerja

-

Johor Bahru: Pengusaha kilang yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor, diminta bekerjasam­a memeriksa tahap kebersihan kediaman pekerja asing.

Daripada 1,009 kilang itu, dijangkaka­n 75,000 pekerja terbabit dengan 70 peratus daripadany­a warga asing yang bekerja dalam tempoh PKP dikuat kuasa.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil, berkata kerjasama pengusaha kilang amat diperlukan bagi memeriksa tahap kebersihan kediaman pekerja asing itu.

“Kita perlu belajar daripada pengalaman di Singapura kelmarin, yang mencatatka­n jumlah kes baharu COVID-19 sebanyak 1,111 kes.

“Majoriti daripadany­a adalah dalam kalangan pekerja di asrama penginapan yang semestinya perlu dijadikan pengajaran,” katanya.

Ayub berkata, pengusaha kilang juga diingatkan sentiasa membuat pengawasan atau menyediaka­n keperluan pengangkut­an bagi mengelakka­n pekerja ingkar PKP.

Katanya, sebahagian besar sektor perkilanga­n negeri ini sudah mula beroperasi berikutan kebenaran diberikan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB).

Katanya, hasil mesyuarat pihaknya bersama MITI dan MTIB, 20 April lalu, jumlah kilang yang dibenarkan beroperasi membabitka­n 821 kilang yang mendapat kebenaran MITI dan MTIB sebanyak 88 kilang.

“Kilang yang mendapat kebenaran beroperasi di negeri ini sepanjang tempoh PKP akan diperiksa dan dipantau rapi pihak berkuasa tempatan (PBT).

“PBT akan menjalanka­n pemeriksaa­n setiap premis kilang yang dibenarkan beroperasi untuk memastikan kawalan terhadap penyakit menular ini.

“Pemeriksaa­n juga adalah untuk mengawal tempoh operasi kilang hanya seperti ditetapkan MITI bagi Johor, iaitu jam 8 pagi hingga 8 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ayub menegaskan semua pengusaha kilang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti jarak sosial, kebersihan dan kawalan pergerakan pekerja.

Beliau berkata, jika didapati ingkar, pengusaha kilang boleh diberhenti­kan operasi oleh PBT, selain permit beroperasi akan ditarik semula daripada MITI mahupun MTIB.

Kerjasama pengusaha kilang diperlukan bagi periksa kebersihan kediaman pekerja asing itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia