Berita Harian

TREND KELUAR PELUH

Belum cuba belum tahu. Mari kita mencuba salah satu senaman popular untuk kesihatan tubuh badan selain percuma dan boleh dilakukan di mana saja.

-

Rutin senaman biasa dan sama setiap hari adakalanya membuatkan kita cepat bosan dan tiada semangat untuk melakukan latihan fizikal. Oleh itu, tidak salah sesekali menukar gerakan dan rutin senaman normal untuk menjadikan­nya lebih menarik. Terdapat tiga jenis senaman yang semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja. Lebih menarik apabila ia tidak memerlukan kos tinggi. Boleh dilakukan di mana saja tanpa dalam tempoh masa singkat. Apabila seseorang itu tidak pernah melakukan senaman, secara automatik mereka akan rasa sakit otot selepas bersenam. Namun sakit yang dirasai itu akan berkuranga­n dalam tempoh singkat. Justeru, sebelum melakukan senaman walaupun ia ringkas, gerakan pemanasan badan perlu dilakukan. Lakukan senaman setiap hari atau seminggu tiga kali bagi membiasaka­n badan dengan gerakan dilakukan. Jika ingin melakukann­ya di rumah, pilih senaman ringkas yang dapat dilakukan dalam keadaan santai tanpa tergesages­a. Berikut tiga senaman pilihan remaja sebagai pembakar semangat bersama!

YOGA

Senaman dapat membentuk tubuh menawan. Bukan itu saja, ia juga membantu memberikan kesihatan kepada tubuh badan jika dilakukan dengan kerap dan mengikut cara yang betul. Bukan hanya gadis, jejaka juga mahukan bentuk badan menarik, Jadi, apa salahnya jika mengubah sikap malas kepada rajin dengan melakukan senaman ringkas yang dapat memberi kebaikan kepada badan. Yoga mungkin ada yang menganggap­nya untuk wanita saja tetapi di luar negara, ramai lelaki juga turut serta dalam senaman ini. Bahkan ada antara guru yoga terdiri daripada golongan lelaki yang cukup memberi inspirasi kepada orang lain. Untuk melakukan yoga, anda hanya memerlukan 10 minit dan lakukannya tiga kali sehari berbanding senaman biasa selama 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi bekerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari serta 10 minit sebelum pulang ke rumah. Pelbagai posisi boleh digunakan, apa yang penting kesungguha­n dan ia mudah dilakukan sesiapa saja tanpa perlu sebarang bayaran. Cuma perlukan garis panduan betul yang boleh dipelajari daripada Internet.

`LEANBODY’

Gabungan beberapa teknik senaman berbeza dalam masa 30 minit, ia mampu memberikan impak maksimum kepada tubuh badan. Sebagai contoh, ketika joging anda boleh lakukan beberapa senaman berlainan antaranya `sit up’, `squad’, `walking lunge’ dan `plank’ untuk maksimum tenaga tubuh. Ulangi set yang sama selama tiga kali dan berhenti rehat selama satu minit selepas selesai melakukan setiap set. Sekiranya malas untuk melakukan senaman di gimnasium atau pergi ke tasik untuk berjoging, anda boleh lakukannya di rumah. Bukan tertumpu kepada joging sematamata, beberapa teknik senaman lain boleh dicuba untuk dimanfaatk­an dalam 30 minit.

ZUMBA

Zumba adalah kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang koreografe­r sekitar 1990an sebagai program kecergasan di Colombia. Sejak itu, zumba semakin popular. Tarian kecergasan zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan di samping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya. Jangan tidak percaya, satu sesi zumba boleh membuatkan anda membakar 500 hingga 1000 kalori dalam masa antara 30 hingga 60 minit. Zumba adalah salah satu cara yang menyeronok­kan untuk bersenam. Mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada senaman biasa kerana ia jelas menarik minat remaja dengan adanya gabungan muzik berbeza. Jika anda seorang yang aktif, suka menari dan suka untuk mencuba `aerobic dance workout’ yang berlainan, apa kata anda masukkan zumba dalam senarai aktiviti anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia