Berita Harian

Cabaran ibu bekerja dari rumah

Tangisan anak kecil, capaian internet perlahan antara gangguan

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Baru sahaja buka komputer riba untuk memulakan kerja anak kecil sudah menangis dan meminta perhatian ibunya, belum lagi mahu susu, makanan dan sebagainya.

Senario itu antara cabaran dilalui wanita bekerja dari rumah, terutama yang mempunyai anak kecil selepas kerajaan menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada juga kanak-kanak khususnya pada usia antara dua hingga tiga tahun tidak membenarka­n ibu guna telefon atau komputer riba kerana mahu ajak bermain.

Penolong pengurus sebuah syarikat telekomuni­kasi, Fairuz Karmila Ahmad, 33, berkata beliau mengakui bekerja dari rumah bersama anak kecil amat mencabar sehingga terpaksa menyiapkan tugasan pada waktu tengah malam apabila anak sudah tidur.

Katanya, beliau juga membelikan anaknya, Mardhiyah Muhamad Huzaimi, 3, tablet dengan harapan dapat bekerja dengan tenang.

“Namun sudah namanya anak, masih mengacau. Selagi tak tidur susah mahu tumpukan perhatian bekerja kerana mereka akan ajak bermain dan sebagainya.

“Jika kerja yang tidak perlu dihantar segera, saya selesaikan selepas anak tidur bermula jam 10

Fatimah Zakaria,

malam hingga 1 pagi,” katanya.

Fairuz berkata, mungkin ramai suka bekerja dari rumah, tetapi ia bergantung kepada keadaan kerana tidak semudah seperti disangka dan mungkin tiada masalah pada anak yang sudah besar.

Katanya, anak yang semakin membesar memang memerlukan perhatian, seharusnya ketika PKP dapat meluangkan masa, tetapi mereka perlu bijak merancang tugasan.

Berkongsi pengalaman sama, perunding perniagaan sebuah syarikat swasta, Fatimah Zakaria, 34, wanita perlu melakukan perancanga­n teliti supaya tumpuan kerja untuk pejabat dilaksanak­an dengan baik dan cekap.

Beliau yang mempunyai dua anak, Ahmad Ammar Fayyadh Ahamd Azam, 6, dan Hana Auliya, setahun, berkata bekerja di rumah sebenarnya lebih berdepan tekanan berbanding di pejabat kerana terlalu banyak halangan.

“Apabila bekerja dari rumah, saya rasa bersalah sebab anak seperti terabai kerana memberi fokus kepada kerja.

“Jika pada hari biasa, anak dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak yang dijaga sempurna. Sekarang saya perlu rancang jadual setiap hari untuk pastikan kerja lebih teratur.

“Selain itu, ada kalanya rasa tertekan apabila timbul masalah seperti capaian internet kurang laju atau mesej dihantar kepada rakan pejabat tidak berjawab sedangkan perlu menyelesai­kan tugas secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata majikan juga perlu bertolak ansur dengan memahami rintangan dihadapi apabila bekerja dari rumah.

“Majikan perlu pentingkan soal kesihatan mental kepada kakitangan,” katanya.

Fatimah berkata, bekerja dari rumah sebenarnya lebih memerlukan produktivi­ti yang tinggi kerana beliau tidak menang tangan kerana terpaksa menghadiri mesyuarat secara maya atau membuat panggilan telefon.

“Kita perlukan interaksi secara bersemuka dengan kontak mata dan ekspresi muka untuk memahami tugas yang ingin kita sampaikan lebih berkesan,” katanya.

Selain itu, wanita perlu bijak membahagik­an masa mengurus rumah seperti memasak dan mengemas serta rehat sebelum memulakan tugasan.

Ada kalanya rasa tertekan apabila timbul masalah seperti internet kurang laju atau mesej dihantar kepada rakan tidak berjawab sedangkan perlu selesai tugas secepat mungkin. Perunding perniagaan

 ??  ??
 ??  ?? Fairuz Karmila sempat melayan anaknya sambil bekerja.
Fairuz Karmila sempat melayan anaknya sambil bekerja.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia