Berita Harian

BNM dijangka turunkan lagi OPR 0.75 peratus

-

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) 0.75 peratus lagi tahun ini, sebagai langkah menangani penguncupa­n ekonomi pada 2020 dan inflasi rendah sepanjang tahun.

CGS-CIMB Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata, dasar monetari Malaysia akan menjadi lebih akomodatif dan menjangkak­an BNM akan menurunkan OPR sebanyak 0.50 peratus bulan depan, disusuli pemotongan 0.25 peratus lagi pada separuh kedua 2020.

“Kami menjangkak­an unjuran penguncupa­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 akan mengekalka­n ekonomi Malaysia di bawah potensinya untuk 12 hingga 18 bulan akan datang, sekali gus melanjutka­n lagi tempoh inflasi rendah.

“Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia jatuh 0.2 peratus pada Mac, inflasi negatif pertama sejak Februari 2019, dengan penurunan indeks pengangkut­an mengatasi kenaikan harga makanan.

“Disebabkan itu, IHP susut 1.2 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

BNM dalam kenyataan Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) pada 3 Mac lalu menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Angka itu adalah yang terendah sejak Mac 2011.

Bank pusat berkata, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana 4.3 peratus tahun lalu dan menuju ke hadapan, pertumbuha­n khususnya pada suku pertama 2020 bakal terjejas oleh penularan COVID-19, terutama dalam sektor berkaitan pelanconga­n dan pembuatan.

“Penurunan OPR bermatlama­t menyediaka­n persekitar­an monetari lebih akomodatif bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi di tengah kestabilan harga,” kata BNM.

Sementara itu, Ambank (M) Bhd dalam notanya menjangkak­an OPR akan dikurangka­n sebanyak 0.25 peratus lagi berikutan inf lasi yang terus lemah pada 2020.

Ia berkata, kadar inflasi itu berkemungk­inan besar mencecah purata sekitar 0.3 peratus dengan ruang deflasi pada -1.5 peratus.

Menurutnya, jika inflasi teras atau keseluruha­n jatuh kepada deflasi, ini yang pertama sejak 1983.

“Inflasi itu dijangkaka­n kekal lemah pada 2020 berikutan kekurangan tekanan menyeluruh akibat kos dan permintaan.

“Tidak banyak tekanan kos, sebahagian besarnya disebabkan oleh kelemahan harga komoditi, selain keadaan ekonomi yang menyaksika­n lebihan kapasiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia