Berita Harian

Pertanian paling pantas pulih pasca COVID-19

Sektor dijangka kembali melonjak, sumbang pertumbuha­n ekonomi negara

- Oleh Alzahrin Alias dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@bh.com.my

Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkak­an sektor pertanian, terutama jaminan makanan, akan menjadi sektor yang paling pantas pulih selepas berakhir krisis pandemik COVID-19.

Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata pertanian adalah antara sektor paling berdaya tahan dan mempunyai peluang paling tinggi untuk kembali melonjak, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya, ia bukan hanya membabitka­n perusahaan besar semata-mata, malah juga perusahaan kecil serta pembabitan rakyat yang boleh bercucuk tanam di kawasan rumah.

“Kami juga bakal melancarka­n projek simpanan stok makanan, yang memerlukan pengeluara­n tanaman bukan sahaja pada peringkat domestik, malah di luar negara. Ini sudah dilakukan oleh Singapura yang mempunyai ladang di luar negara untuk dibekalkan ke dalam negara.

“Kami kini sedang menyiapkan kertas cadangan untuk diserahkan kepada kerajaan dan sudah terdapat beberapa pelabur yang berminat untuk terbabit dengan projek jaminan makanan dan simpanan stok ini, menerusi kerjasama awam-swasta (PPP),” katanya pada sidang media MIER menerusi webinar, semalam.

Mengenai inisiatif Crouching Tiger MIER, Timbalan Pengarahny­a, Prof Jamal Othman berkata, Malaysia boleh mencapai pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi dengan suntikan fiskal baharu.

Selain itu, katanya, keberkesan­an teknikal mampu menambah baik produktivi­ti, namun dengan syarat pandemik COVID-19 dibendung sepenuhnya.

“Kami mengadakan simulasi pelaksanaa­n dua pelaburan berpotensi yang ketika ini di bawah pengawasan MIER iaitu projek jaminan makanan membabitka­n perbelanja­an modal sebanyak RM87 bilion dan pengadapta­sian teknologi 5G sebanyak RM15 bilion,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Sektor pertanian mempunyai peluang tinggi untuk kembali melonjak selepas berakhir krisis COVID-19.
(Foto hiasan) Sektor pertanian mempunyai peluang tinggi untuk kembali melonjak selepas berakhir krisis COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia