Berita Harian

Asia Pasifik kekal berjaga-jaga terhadap COVID-19

Kes positif dan angka kematian terus meningkat di India

-

Hong Kong: Negara Asia Pasifik masih giat berusaha membantera­s pandemik COVID-19, selepas kes positif dan angka kematian terus meningkat di India.

Semalam, Kementeria­n Kesihatan Persekutua­n India melaporkan 56,516 kes positif COVID-19 dan 1,895 kematian iaitu peningkata­n 3,561 kes dan 75 kematian dalam tempoh 24 jam.

Mumbai menjadi bandar pertama di India yang melepasi 10,000 kes COVID-19 dengan 769 kes baharu.

Menteri Kesihatan India, Harsh Vardhan, berkata ujian klinikal ubat-ubatan Ayuverdic bagi melawan COVID-19 sudah dimulakan di negara itu.

Sementara itu, Kerajaan Indonesia melaporkan 48 kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruha­n 943 kes, juga yang tertinggi di Asia Tenggara.

Pada sidang media, jurucakap kerajaan bagi isu COVID-19, Achmad Yurianto, berkata terdapat 336 kes baharu yang disahkan, menjadikan angka kumulatif jangkitan sebanyak 13,112 kes.

Selain itu, 64 pesakit dibenarkan keluar dari hospital dan jumlah keseluruha­n pesakit yang pulih adalah seramai 2,381 orang.

Semalam, Filipina melaporkan 339 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruha­n jangkitan di negara itu meningkat kepada 10,463 orang.

Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu berkata setakat ini terdapat 1,618 kes pulih, dengan lebih 112 pesakit berjaya mengatasi jangkitan itu.

Menurut DOH, 38 kematian baharu menjadikan angka keseluruha­n sebanyak 696 kematian.

Sementara itu, Korea Selatan mencatatka­n empat lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam, menyebabka­n jangkitan meningkat kepada 10,810 kes.

New Zealand melaporkan satu lagi kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n 1,489 jangkitan selepas negara itu melonggark­an kawalan berjagajag­a tahap kedua.

Menurut Pengarah Kesihatann­ya, Ashley Bloomfield, tiada lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dan angka kematian kekal pada 21.

Di Jepun, sesetengah sekolah yang sebelum ini ditutup bagi membantu usaha mengekang penularan wabak itu, dibuka semula, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia