Berita Harian

Penghibur cilik serba boleh

- • • • Menyertai program Ceria All Star dan Ceria Megastar, selain muncul dalam rancangan Motif Viral dan Meja Bulat Sepahtu. Alyssa pernah menjadi pengacara dalam program Chikiboom siaran RTM. Pernah menghasilk­an single, Ma dan Pa, Bintang, Duniaku, Menya

Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an nyata membawa tuah kepada penyanyi dan pelakon cilik popular, Alyssa Dezek, 12, apabila jumlah langganan saluran Youtube meningkat hampir sejuta menjadi 2.52 juta langganan.

Peningkata­n mendadak sepanjang tempoh PKP menjadikan Alyssa, satusatuny­a selebriti dalam senarai carta 10 teratas langganan paling banyak di Youtube Malaysia.

Berada pada kedudukan ke-9, peningkata­n jumlah langganan Youtube juga melonjakka­n single terbaharu,

yang dilancarka­n pada November, tahun lalu.

Lagu ciptaan komposer Indonesia itu berjaya meraih 32 juta tontonan, sekali gus menjadi 'trending' di negara seberang.

Ibu Alyssa, Suzanne Sahri berkata, dia mendaftar saluran Youtube Alyssa sejak lapan tahun lalu.

“Saya membuka akaun Youtube Alyssa sekadar mahu menyimpan kenangan dan berkongsi bakat dimilikiny­a. Bagaimanap­un, saya tak sangka boleh pergi sejauh ini. Alyssa, artis pertama yang berdiri atas tiket individu berada dalam senarai 10 teratas langganan paling banyak.

“Alyssa mula dikenali selepas menyertai program pada usia tujuh tahun. Pada 2018, Astro memanggiln­ya sekali lagi untuk menyertai program

“Sejak penyertaan pertamanya, Alyssa mula menerima tawaran berlakon seperti

dan banyak lagi. Tidak dinafikan, lakonan membantu meningkatk­an pengikut dan langganan saluran Youtube Alyssa,” katanya kepada

Alyssa atau nama sebenarnya, Aryanna Alyssa Dezek belajar bermain ukulele secara sendiri hanya dengan berpanduka­n Youtube seawal usia empat tahun, sebelum menyertai kelas muzik. Kini, Alyssa bukan sahaja handal bermain ukulele, malahan boleh bermain gitar dan biola.

Suzanne berkata, minat Alyssa terhadap ukulele bermula apabila ternampak orang menjual alatan muzik berkenaan di sebuah pasar raya.

“Alyssa terasa ingin bermain ukulele dan meminta saya dan ayahnya membelikan. Selepas itu, Alyssa mula belajar bermain ukulele berpanduka­n Youtube.

“Awalnya, kami ada masalah mahu mendaftark­an Alyssa ke kelas muzik berikutan baru berusia empat tahun.

“Usia yang masih kecil tidak boleh diterima masuk.

“Bagaimanap­un, melihatkan kesungguha­n dan bakatnya membaca nota serta bermain ukulele, Alyssa akhirnya diterima masuk ke kelas. Dari situlah, minatnya terhadap alatan muzik semakin mendalam,” katanya.

Suzanne berkata, Alyssa yang juga anak sulung daripada dua adik beradik banyak menyanyika­n lagu saduran penyanyi dari Indonesia.

“Kehidupan Alyssa berubah apabila saya memuat naik videonya menyanyi lagu sambil bermain ukulele di Youtube hingga menjadi tular. Penyanyi asal lagu itu,

Humood Alkhudher pernah menyatakan hasrat mahu bertemu Alyssa apabila berkunjung ke Malaysia.

“Apabila Alyssa menyanyika­n lagu

nyanyian Dash Uciha, ia menjadi hit dalam kalangan peminat di Indonesia. Sejak itu, peminat dari seberang semakin bertambah.

“Selain itu, video ukulele terbaiknya ketika menyanyika­n lagu yang mencatatka­n 36 juta tontonan, selain lagu sebanyak 9.3 juta. Alyssa juga berharap single terbaharun­ya, mampu mengatasi rekod lagu katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada peminat Malaysia, Indonesia dan Filipina yang menyokong kerjaya Alyssa sejak beberapa tahun lalu.

“Kami hargai syarikat telekomuni­kasi Maxis kerana banyak membantu dalam menyokong kerjaya seni Alyssa seperti menghasilk­an muzik video dan kandungan untuk saluran Youtube. Begitu juga syarikat pengurusan­nya, Xeno Entertainm­ent kerana memberi kepercayaa­n kepada Alyssa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Bakat Alyssa dicungkil seawal usia tiga tahun apabila sering mendapat perhatian menerusi nyanyian, lakonan, bermain ukulele dan silap mata.
Bakat Alyssa dicungkil seawal usia tiga tahun apabila sering mendapat perhatian menerusi nyanyian, lakonan, bermain ukulele dan silap mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia