Berita Harian

Kuarantin di hotel kena bayar mulai Jun

Rakyat tempatan pulang dari luar negara dikenakan 50 peratus

-

Bermula 1 Jun, rakyat tempatan yang pulang dari luar negara akan dikenakan caj kuarantin hotel sebanyak 50 peratus, manakala bukan warga negara dan pemastauti­n tetap dikenakan caj penuh RM150 sehari. Majlis Keselamata­n Negara (MKN) juga mewajibkan mereka yang ingin pulang menandatan­gani surat persetujua­n pembayaran caj itu di Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

Putrajaya: Bermula 1 Jun ini, semua individu yang memasuki pintu masuk negara akan dikenakan caj kuarantin hotel.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata caj 100 peratus dikenakan kepada bukan warga negara, termasuk pemegang status pemastauti­n tetap (PR), manakala 50 peratus bagi warga negara.

“Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dalam mesyuaratn­ya hari ini (semalam) membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020,” katanya pada sidang media harian mengenai PKPB di sini, semalam.

Ismail Sabri menjelaska­n, warga tempatan yang pulang dari luar negara akan dikenakan caj kuarantin hotel sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh iaitu pada siling RM150 sehari, manakala bagi bukan warga negara dan PR akan dikenakan caj RM150 sehari. “Bagi warga tempatan, mereka diminta membayar 50 peratus, ini bermaksud separuh lagi ditanggung kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, MKN juga mewajibkan mereka yang ingin pulang ke Malaysia menandatan­gani surat persetujua­n pembayaran melalui pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.

Katanya, pejabat Kedutaan Malaysia akan mengeluark­an surat kelulusan untuk membenarka­n individu terbabit pulang ke negara ini.

“Jabatan Imigresen kemudian akan mengeluark­an arahan kepada semua syarikat penerbanga­n untuk memastikan surat kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang,” katanya.

Malaysia mula menguatkua­sakan kuarantin wajib selama 14 hari ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara

Bagi warga tempatan, mereka diminta membayar 50 peratus, ini bermaksud separuh lagi ditanggung kerajaan.

Ismail Sabri Yaakob,

Menteri Kanan (Keselamata­n)

ini mulai 3 April lalu bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ismail Sabri memaklumka­n seramai 252 rakyat telah pulang ke tanah air dan dikuaranti­n wajib semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n setakat ini, seramai 38,371 yang pulang dari luar negara dikuaranti­n wajib sejak 3 April lalu.

Seramai 30,200 individu sudah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dan dibenarkan pulang.

Dalam perkembang­an berkaitan, kerajaan membenarka­n ahli program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kembali ke negara, namun bukan secara automatik.

Ismail Sabri menjelaska­n, mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu bagi memudahkan kerajaan melihat dari negara mana mereka tiba.

“Jika mereka dari negara yang berisiko tinggi, mungkin keputusann­ya adalah tidak boleh. Bagaimanap­un, perkara itu akan ditentukan oleh pihak berkaitan termasuk Kementeria­n Kesihatan (KKM),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia