Berita Harian

Pengurus maki polis di sekatan jalan raya Ops COVID-19 didenda RM3,100

Pengurus jualan turut mengaku halang tugas dalam sekatan jalan raya

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Petaling Jaya: Seorang pengurus jualan yang sebelum ini tular di media sosial kerana memaki anggota polis dalam satu sekatan jalan raya Ops COVID-19 pada akhir Mac lalu didenda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhka­n hukuman denda itu terhadap Tong Poh Kim, 44, selepas tertuduh yang sebelum ini mengaku tidak bersalah berkelakua­n kurang sopan dan menghalang tugas anggota polis, menukar pengakuann­ya ketika kes berkenaan disebut semalam.

Poh Kim didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan mengeluark­an kata-kata ’idiot’ (bodoh) jam 9.40 pagi di Jalan Persiaran Surian, pada 31 Mac lalu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Tertuduh juga mengaku menghalang Izuan Hasim menjalanka­n tugas dan fungsi jawatannya di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan berkelakua­n kurang sopan, Poh Kim didenda RM100 atau penjara sehari, manakala bagi kesalahan menghalang tugas anggota polis, wanita itu didenda RM3,000 atau penjara sebulan. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Terdahulu, peguambela yang mewakili tertuduh, Datuk Suraj Singh, memohon mahkamah hanya mengenakan hukuman denda terhadap anak guamnya dengan alasan wanita itu mempunyai seorang ibu yang sedang koma akibat penyakit angin ahmar sejak 27 Februari lalu, selain sudah insaf dan memohon maaf kepada semua pihak, termasuk polis.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman yang seadiladil­nya terhadap tertuduh.

Sementara itu, seorang lelaki yang menunjukka­n isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang juga pekerja penghantar makanan dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong di sini, kelmarin akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana

Poh Kim dibawa

mencederak­an dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluark­an isyarat yang mengaibkan kehormatan.

“Kita terima dua laporan polis berhubung kejadian itu, semalam (kelmarin) masingmasi­ng daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan seorang lelaki berusia 61 tahun.

“Menerusi laporan polis dibuat wanita itu, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudah dilengkapk­an, sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini (semalam) dan arahan sudah dikeluarka­n untuk menuduh lelaki itu.

“Bagaimanap­un, polis masih lagi menjalanka­n siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

BH kelmarin melaporkan mengenai satu kejadian perselisih­an faham antara seorang pekerja penghantar makanan dengan pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta berkenaan memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika mahu membuat pusingan U di jalan itu.

 ??  ??
 ??  ?? ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia