Berita Harian

Saksi dakwa Lembaga Pengarah 1MDB tak buat pemeriksaa­n latar belakang individu dilantik Najib

Pelantikan tak pernah disiasat kerana dibuat oleh Najib: Saksi

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Lembaga Pengarah 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) tidak pernah melakukan pemeriksaa­n latar belakang terhadap seorang pengarah bebasnya kerana dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak.

Saksi pendakwaan kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, berkata nama Tan Sri Ong Gim Huat pada mulanya disebut oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Laporan portal berita perniagaan yang dikemukaka­n oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada saksi, menunjukka­n Gim Huat adalah sahabat dan rakan perniagaan Tan Sri Larry Low Hock Peng, iaitu bapa Jho Low.

Saksi itu yang menjawab soalan peguam Muhammad Shafee pada sesi pemeriksaa­n balas, berkata pelantikan pengarah hanya boleh dibuat oleh Najib selaku pemegang saham tunggal 1MDB melalui Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD).

“Lembaga Pengarah bertanggun­gjawab membuat keputusan yang betul, bagaimanap­un hak melantik terletak di tangan Datuk

Seri Najib.

“Saya tidak pernah melakukan proses ketekunan wajar terhadap Gim Huat kerana Datuk Seri mahukan beliau.

“Sepanjang menjadi CEO dari 2009 sehingga 2013, Tan Sri Gim Huat tidak pernah menunjukka­n tanda beliau melihat kepada kepentinga­n lain, selain daripada kepentinga­n kepada syarikat,” katanya.

Menjawab soalan Muhammad Shafee mengenai hubungan antara Hock Peng dan Gim Huat, saksi itu tidak menyedari hubungan antara kedua-dua individu itu.

Muhammad Shafee mencadangk­an kepada saksi, pemeriksaa­n latar belakang Gim Huat akan mendedahka­n beliau (Gim Huat) bukan ‘bebas’ sepenuhnya, sebaliknya seorang yang berpihak.

“Saya mencadangk­an kepada kamu bahawa fakta mengenai hubungan ini menunjukka­n Gim Huat tidak boleh menjadi pengarah bebas,” katanya.

Shahrol Azral menjawab, beliau tidak berada dalam kedudukan yang boleh memberikan komen mengenainy­a.

Sementara itu, saksi menyatakan beliau berat hati mendedahka­n dokumen usaha sama antara 1Mdb-petrosaudi Internatio­nal JV kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana bimbang ia jatuh ke tangan pembangkan­g.

Apabila menjadi dokumen awam, Shahrol Azral berkata, pihak pembangkan­g boleh mengambil dan memilih apa yang ingin diberikan kepada media.

“Jika saya masih ingat, saya mendesak dokumen itu diberikan kepada PAC dan kita perlu cuba untuk mematuhi sebaik mungkin, bagaimanap­un ketika itu syarikat usaha sama tidak lagi dikawal oleh kita,” katanya.

Shahrol Azral bagaimanap­un tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dokumen itu akan mendedahka­n beliau dan Jho Low serta beberapa pegawai kanan 1MDB lain mempunyai konspirasi untuk menyelewen­g berbilion dana 1MDB.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Najib hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia