Berita Harian

Arahan bekerja dari rumah penjawat awam belum ditarik balik

-

Putrajaya: Arahan bekerja dari rumah untuk penjawat awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), belum ditarik balik.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini, 80 peratus penjawat awam sudah kembali bekerja di pejabat, manakala bakinya dari rumah.

“Kita sudah membuka kembali pejabat kerajaan walaupun bukan sepenuhnya. Daripada jumlah yang dibuka, 80 peratus bekerja di pejabat, 20 peratus masih bekerja dari rumah.

“Alasan 20 peratus ini kerana TASKA dan pusat asuhan belum dibenarkan beroperasi, itu sebab arahan bekerja dari rumah masih dikekalkan,” katanya semalam.

Beliau mengulas sama ada penarikan semula arahan kerja dari rumah mendapat kelulusan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berikutan banyak pejabat sudah dibuka, namun pusat asuhan masih tutup.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaska­n, sebarang keputusan membenarka­n jemaah haji Malaysia menunaikan ibadah itu di Makkah tahun ini bergantung kepada pengumuman kerajaan Arab Saudi.

“Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang pengumuman, sama ada tahun ini dibolehkan umat Islam mengerjaka­n haji atau tidak.

“Ketika ini pun, perintah berkurung untuk Aidilfitri di Arab Saudi dilaksanak­an,” katanya.

Kita membuka kembali pejabat kerajaan walaupun bukan sepenuhnya. Daripada jumlah dibuka, 80 peratus bekerja di pejabat, 20 peratus masih bekerja dari rumah. Alasan 20 peratus ini adalah kerana TASKA dan pusat asuhan belum dibenarkan beroperasi, itu sebabnya arahan bekerja dari rumah masih dikekalkan.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia