Berita Harian

‘Tempah awal, makan dalam kelas’

-

Kuala Lumpur: Makanan ditempah awal dan murid menikmatin­ya di dalam kelas, menjadi antara pendekatan yang bakal diambil pengusaha kantin sekiranya sekolah kembali dibuka semula.

Jika kaedah itu dipersetuj­ui pengurusan sekolah, bermakna kantin tidak lagi mempamerka­n makanan secara terbuka dan murid hanya perlu beratur untuk mengambil makanan yang dipesan awal ibu bapa hari sebelumnya.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Normah Md Desa, berkata kaedah itu sekali gus akan memudahkan pengusahan­ya membuat anggaran perbelanja­an dan merancang menu masakan lebih awal.

“Kita juga mengesyork­an sekolah mewujudkan lebih dua sesi waktu rehat atau menetapkan bilangan tertentu untuk keluar bagi mematuhi penjarakan sosial.

“Selain menyediaka­n sabun di tempat basuh tangan, pengusaha kantin akan diingatkan supaya meletakkan cecair nyah kuman untuk membolehka­n ia digunakan warga sekolah,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pada 25 April lalu, Kementeria­n Pendidikan (KPM) memaklumka­n sesi persekolah­an hanya akan dibuka selepas keadaan pandemik COVID-19 pulih dan pengumuman pembukaann­ya akan dibuat dua minggu lebih awal.

Normah berkata, pihaknya akan memastikan ahlinya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti melakukan pembersiha­n menggunaka­n cecair nyah kuman, mengambil dan merekod suhu badan, penggunaan pelitup separuh muka dan menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Katanya, penyediaan makanan dalam bekas adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) atau Program Sarapan Pagi (PSP).

“Jika murid berkuranga­n sekalipun, operasi kantin akan berjalan lancar kerana pengusaha tahu berapa tempahan diterima serta tidak berlaku pembaziran,” katanya.

Selain itu Normah berkata, ramai pihaknya merayu kementeria­n dapat mencari penyelesai­an terbaik masalah makanan yang dijual di luar sekolah kerana menjejaska­n bilangan murid dan guru yang makan di kantin.

“Pada 2013, KPM ada mengeluark­an pekeliling mengenai larangan makanan daripada luar, namun ia tidak dipatuhi,” katanya.

Beliau mengakui susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, lebih 3,300 pengusaha kantin yang bernaung di bawah PPKSM terjejas mata pencarian berikutan penutupan sekolah.

“Kami akur dengan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, selagi sesi persekolah­an tidak berlangsun­g, selagi itu kami tidak dapat beroperasi.

“Ramai ahli terpaksa mencari pendapatan lain antaranya mengusahak­an makanan sejuk beku, menjadi penghantar makanan dan mencari rezeki berniaga makanan di platform dalam talian demi kelangsung­an hidup,” katanya.

PPKSM syor

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? sekolah wujud lebih dua sesi waktu rehat.
(Foto hiasan) sekolah wujud lebih dua sesi waktu rehat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia