Berita Harian

Peniaga akur turunkan harga barang

Langkah elak dikenakan tindakan undang-undang susulan pemantauan ketat penguat kuasa KPDNHEP

-

Kuala Lumpur: Pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula semalam hingga 3 Jun ini, mendorong peniaga menurunkan harga jualan barangan tersenarai di bawah paras siling.

Langkah itu diambil bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang susulan pemantauan ketat penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP.

Jika sebelum ini mereka menjual ayam standard pada harga RM8.50 hingga RM13 sekilogram (kg), kini barangan keperluan itu turun di bawah paras siling atau Rm7.50/kg.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Kedah, Omar Ismail, berkata pihaknya memberi notis kepada 23 peniaga ayam kerana menaikkan harganya pada paras tertinggi.

Katanya, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 dikeluarka­n ketika pemeriksaa­n harga ayam dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lalu.

“Hasil pemeriksaa­n hari ini (semalam), semua peniaga mematuhi peraturan tanda harga, selain ayam pula dijual pada Rm7/kg di bawah paras kawalan Rm7.50/kg,” katanya selepas meninjau Pasar Besar Alor Setar, semalam.

Di Pasar Awam Permatang Manggis, Kepala Batas, arahan KPDNHEP menyaksika­n semua barangan dijual mengikut kadar ditetapkan.

Peniaga ayam, Subihi Abdullah, 48, mengakui akur kepada arahan kerajaan berhubung paras siling

Hasil pemeriksaa­n hari ini, semua peniaga mematuhi peraturan tanda harga, selain ayam pula dijual pada Rm7/kg di bawah paras kawalan Rm7.50/kg.

Omar Ismail

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Kedah

Penguat kuasa KPDNHEP memantau

itu, walaupun menyedari keuntungan agak rendah berikutan harga bekalan yang tinggi.

Katanya, beliau mempelbaga­ikan jualan selain ayam seperti menjual burung serta telur puyuh.

Tinjauan di Pasar Basah Kipmall dekat Tampoi, Johor pula mendapati semua peniaga ayam mematuhi harga siling Rm7.50/kg , walaupun minggu lalu bekalan sama dijual sehingga Rm8.50/kg, manakala daging tempatan dijual di antara RM32 hingga Rm34/kg.

Suri rumah, Azlina Mat Rapor, 40, mengakui harga ayam kini lebih murah berbanding minggu lalu.

Sementara itu, peniaga ayam, Am Azizan, 36, berharap jualan ayam segar akan meningkat menjelang Aidilfitri hujung minggu ini.

Katanya, kebanyakan peniaga ayam terjejas apabila jualan hasil ternakan segar berkenaan merudum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

“Kebiasaann­ya setiap kali Ramadan

lebih 500 ekor ayam habis dibeli pelanggan setiap hari, namun kini hendak jual 150 ekor sehari pun susah dan tidak habis.

Penurunan harga di bawah paras siling juga dialami pengguna yang membeli bekalan ayam dari Pasar Awam Masjid Tanah, Melaka.

 ?? (Foto Amran Hamid/bh) (Foto Danial Saad/bh) ?? ketika operasi pemantauan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Pasar Besar Alor Setar, semalam. penjualan harga ayam standard di Pasar Awam Kepala Batas, semalam.
(Foto Amran Hamid/bh) (Foto Danial Saad/bh) ketika operasi pemantauan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Pasar Besar Alor Setar, semalam. penjualan harga ayam standard di Pasar Awam Kepala Batas, semalam.
 ??  ?? Omar memeriksa harga telur
Omar memeriksa harga telur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia