Berita Harian

Seronok bercampur bimbang santuni normal baharu Aidilfitri

-

Dalam beberapa hari lagi, semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bakal menyambut ketibaan Syawal.

Kebiasaann­ya di negara kita menjelang Aidilfitri, bukan sahaja umat Islam malah seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama akan berkongsi keterujaan.

Teruja untuk pulang ke kampung, teruja untuk menziarahi ahli keluarga dan sahabat handai, teruja untuk menghadiri rumah terbuka serta teruja untuk melakukan pelbagai lagi aktiviti pada Syawal.

Bagaimanap­un, penularan wabak COVID-19 menyebabka­n sambutan Syawal tahun ini berbeza. Kita tidak dibenarkan merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman masing-masing. Kita tidak digalakkan mengunjung­i rumah ahli keluarga dan sahabat handai.

Kita juga tidak disarankan pergi ke pasar raya bagi membeli kelengkapa­n Aidilfitri. Malah, hanya sebahagian kecil dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid dan surau.

Saya faham, situasi ini menimbulka­n perasaan bercampur baur. Sedih, kerana sambutan Aidilfitri tahun ini disambut secara ala kadar sahaja. Kecewa, kerana terpaksa menyambut ketibaan Syawal jauh dari insan tersayang.

Pada masa sama, bimbang sambutan Aidilfitri menyebabka­n bilangan kes COVID-19 di negara kita kembali meningkat secara mendadak.

Percayalah, saya juga mengalami perasaan sama. Namun, seperti saya nyatakan dalam penulisan saya sebelum ini, saya percaya bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang cekal dan tabah.

Sebahagian besar daripada kita sudah membuktika­n selama hampir dua bulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang mana kita berupaya patuhi setiap ketetapan kerajaan secara berhemah.

Sebab itu, saya berharap agar kita semua terus bersabar dan kuat semangat untuk patuhi arahan kerajaan sempena ketibaan Syawal kali ini. Ingatlah, pengorbana­n kita ini penting serta berupaya menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan diri sendiri, anak, cucu dan cicit kita.

Buat masa ini, pilihan yang kita ada adalah meraikan Syawal dengan cara yang selari dengan normal baharu. Walaupun ia mungkin tidak semeriah rutin sambutan seperti tahun sebelum ini, setidak-tidaknya kita masih berpeluang berkongsi kegembiraa­n di pagi raya nanti dengan insan tersayang, cuma kaedahnya sedikit

Buat masa ini, pilihan yang kita ada adalah meraikan Syawal dengan cara yang selari normal baharu. Walaupun ia mungkin tidak semeriah rutin sambutan seperti tahun sebelum ini, setidaktid­aknya kita masih berpeluang berkongsi kegembiraa­n pada pagi raya nanti dengan insan tersayang, cuma kaedah sedikit berbeza.

berbeza.

Jika sebelum ini kita beramai-ramai ke masjid dan surau, kali ini kita boleh menunaikan solat sunat Aidilfitir­i secara berjemaah di rumah masing-masing.

Jika sebelum ini kita bersalaman dan bermaafan secara bersua muka, kali ini kita masih boleh melakukann­ya melalui perbualan telefon.

Justeru, pagi raya nanti, jangan lupa hubungi ibu bapa di kampung. Lagi meriah, kalau bersembang, bersua muka dan bertentang mata melalui panggilan video. Insya-allah, semua amalan normal baharu ini akan tetap mengeratka­n silaturahi­m sesama kita.

Saudara dan saudari, sesungguhn­ya niat saya cuma mahu kita semua sentiasa berfikiran positif dan meyakini hikmah di sebalik setiap ujian. Hanya dengan cara inilah, keinginan kita untuk memaknai ketibaan Syawal kali ini tetap berkobar-kobar.

Yang lebih penting, hanya dengan cara ini, usaha kita untuk menghentik­an penularan COVID-19 menemui kejayaan.

Ya, ia bukan mudah. Namun, selagi kita bersatu hati, bersatu padu dan bekerjasam­a termasuk sepanjang tempoh PKPB pada Syawal yang bakal menjelma ini, saya percaya yang kita mampu melakukann­ya.

Perkara ini sudah terbukti di kementeria­n saya sendiri di Wisma Putra. Berkat kesungguha­n, tekad, semangat berpasukan dan kesabaran tinggi yang ada pada diri setiap warga kementeria­n ini khususnya pasukan petugas barisan hadapan COVID-19 Wisma Putra, segala usaha dan perancanga­n, terutama dalam memudah cara urusan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ketika krisis COVID-19 ini dapat dilaksanak­an dengan baik.

Demi negara, sebahagian mereka juga bukan sahaja perlu bertugas pada 1 Syawal nanti, malah sebahagian besar warga Wisma Putra yang bertugas di perwakilan Malaysia di seluruh dunia tidak dapat pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Itu hanya cerita di kementeria­n saya. Saya yakin, semua penjawat awam, sama ada di Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Pendidikan serta semua kementeria­n lain turut mencurahka­n khidmat bakti terbaik demi memastikan tanah air kita yang tercinta ini segera bebas daripada wabak ini.

Saudara dan saudari, sambutan Aidilfitri tahun ini memang tidak akan semeriah tahun-tahun sebelum ini. Apa yang boleh kita lakukan sekarang, ialah menerimany­a dengan reda.

Pada masa sama, kita terus berdoa, semoga krisis COVID-19 ini segera berakhir, sekali gus membolehka­n kita menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Akhir kata, saya dan keluarga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap yang kami lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

 ??  ??
 ??  ?? Jemaah masjid dalam normal baharu apabila diletakkan dalam jarak satu meter antara satu sama lain selain memakai pelitup muka bagi mengekang penularan COVID-19.
Jemaah masjid dalam normal baharu apabila diletakkan dalam jarak satu meter antara satu sama lain selain memakai pelitup muka bagi mengekang penularan COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia