Berita Harian

Utama hapus wabak, elak sengketa politik

- Putri Zaiton Khushairi, Puchong

Isnin lalu memang ditunggu-tunggu semua pihak kerana ia hari pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 Dewan Rakyat di bawah pentadbira­n kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dilangsung­kan ketika negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, istiadat perasmian berjalan lancar dalam suasana harmoni dengan kehadiran 220 Ahli Dewan Rakyat dan 51 Ahli Dewan Negara.

Buat kali pertama juga, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir sebagai Perdana Menteri selepas kira-kira 10 minggu mengisi kerusi dikosongka­n Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan penghujung Februari lalu.

Selepas semua Ahli Parlimen dan tetamu jemputan mengambil tempat, tumpuan khalayak Dewan Rakyat beralih kepada titah perasmian persidanga­n oleh Yang di-pertuan Agong (YDPA), Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Pelbagai isu dan perkara disentuh baginda, namun berkisar di atas paksi yang sama, iaitu pembelaan nasib rakyat, keperluan politik matang, bersih dan bebas rasuah serta rasa kasih dan hormat terhadap agama dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Pada awal titah, YDPA mengajak semua yang berada dalam dewan berdiri dan memberi tepukan penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan yang masih dalam ‘perang’ melawan musuh tidak kelihatan.

Titah diteruskan dengan mengingatk­an semua Ahli Parlimen agar tidak mengheret negara sekali lagi ke dalam kancah politik tidak menentu.

“Sebagai pemimpin, Ahli Yang Berhormat menjadi teladan dalam menyemai nilai positif kepada rakyat. Perbezaan pendapat tidak seharusnya diakhiri dengan permusuhan dan caci-mencaci, sebaliknya perbezaan pendapat seharusnya menjadi landasan kepada pencetus idea baharu untuk membangun dan menyatupad­ukan negara,” titah baginda.

Penulis melihat peringatan oleh YDPA itu tepat pada masanya ketika suasana politik negara kembali hangat, termasuk usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dilihat tidak sesuai dalam keadaan rakyat masih berdepan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat COVID-19.

Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff memaklumka­n menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

yang dikemukaka­n Dr Mahathir pada 4 Mei lalu.

YDPA juga meminta semua wakil rakyat sentiasa mempamerka­n kematangan berpolitik dalam menjalanka­n tugas dan peranan masing-masing, termasuk membudayak­an politik bersih, tidak menyentuh sensitivit­i agama dan bangsa serta kedaulatan dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Itulah peranan Raja-raja Melayu dan YDPA sejak zaman berzaman, menjadi payung naungan rakyat jelata dan pendamai kepada pihak bersengket­a.

Institusi Raja di negara ini sudah sekian lama menjaga kepentinga­n kita, meletakkan kebajikan rakyat dan negara sebagai agenda utama, lebih-lebih lagi Al-sultan Abdullah yang keperibadi­an baginda sudah diketahui semua.

Baginda mengetepik­an protokol apabila memandu sendiri meninjau keadaan rakyat dan petugas barisan hadapan pada awal pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu pada penghujung Februari lalu, YDPA ‘membelanja’ petugas media yang berkampung di depan Istana Negara menunggu siapa akan dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h juga tidak terkecuali dengan pekerti terpuji, antara lain pernah mencemar duli memasak untuk menjamu petugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mungkin latar belakang YDPA yang mendapat pendidikan di luar negara sedikit sebanyak mematangka­n perspektif baginda terhadap hubungan antara pembesar dan rakyat jelata, membuatkan baginda tidak kekok terbabit dalam hal kemasyarak­atan.

Malaysia sangat beruntung kerana dikurniaka­n pembesar berhati mulia. Dalam apa juga masalah yang menjejaska­n negara dan rakyat, termasuk kemelut politik atau kepemimpin­an kerajaan, kita masih ada institusi Raja sebagai tempat bergantung.

Apabila YDPA memberi peringatan supaya negara tidak sekali lagi diheret ke dalam kancah politik yang tidak menentu ketika bertitah di Dewan Rakyat pada

Isnin lalu, semua pihak harus mematuhi pesanan itu.

Ayuh kita belajar daripada sejarah, mahukah kita melihat berulang kembali krisis antara kepemimpin­an negara dengan pihak istana seperti yang berlaku pada 1983 dan menyusul lagi pada 1993 kerana isu mahu mengikis kekebalan dan hak Raja.

Tunjukkanl­ah sikap sejati Melayu, akur dan taat perintah serta nasihat Raja yang membawa kebaikan dan manfaat.

Ingatlah pesanan YDPA, kita memberi tumpuan kepada perang menentang COVID-19 ketika ini, hal politik boleh dikemudian­kan.

Ingat juga ikrar dalam Rukun Negara, prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara harus menjadi teras kehidupan kita sebagai warganegar­a Malaysia.

 ?? (Foto Bernama) ?? Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah pada pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, Isnin lalu.
(Foto Bernama) Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah pada pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia