Berita Harian

Mohd Ali, Ras Adiba angkat sumpah jawatan Senator

-

Kuala Lumpur: Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad dan personalit­i televisyen, Ras Adiba Radzi mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, semalam.

Mohd Ali, 56, dan Ras Adiba, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswara­n, di bangunan Parlimen.

Mohd Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, akan memegang jawatan itu selama tempoh tiga tahun berkuat kuasa 11 Mei lalu bagi mewakili negeri Melaka.

Sementara itu Ras Adiba yang juga Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral, akan memegang jawatan bagi tempoh sama berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU.

Pelantikan Mohd Ali diumum Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selepas mendapat undian majoriti 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) daripada 28 ADUN pada sidang DUN, 11 Mei lalu.

Mohd Ali, yang juga Penasihat UMMAH Melaka adalah bekas guru dan ahli perniagaan lulusan Institut Bahasa Kuala Lumpur dalam bidang perguruan.

Ketika ditemui media, Mohd Ali berkata, beliau akan membawa isu rakyat, terutama kebajikan dan pendidikan masyarakat luar bandar sebagai wadah utama ke Dewan Negara.

“Dengan pengalaman sebagai guru selama 10 tahun dan ahli perniagaan, saya akan satukan dan bagaimana ia boleh membantu guru-guru dan masyarakat dalam perniagaan, terutamany­a,” katanya.

Ras Adiba berasal dari Petaling Jaya pula menjadi individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU.

Mohd Ali Mohamad

Ras Adiba Radzi

Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawan­an dan penyiaran selama lebih 34 tahun, beliau menyifatka­n pelantikan itu satu penghormat­an kepada industri media negara.

Bekas pembaca berita dan atlet paralimpik negara itu berkata, antara perkara akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruk­tur golongan OKU di negara ini.

“Saya tidak sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaa­n Akta OKU dan membantu isu-isu inklusivit­i dan hak kepada OKU,” katanya.

Pada majlis sama, Yang Dipertua Dewan Negara turut mengumumka­n pelantikan Setiausaha Dewan Negara baharu, Muhammad Sujairi Abdullah, 43, berkuat kuasa 22 Februari, lalu. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia