Berita Harian

Botok-botok olahan sendiri ada peminat

Zakiah, suami tak letak perasa tambahan elak isi ikan tenggiri rosak

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Botok-botok asli berempah yang diusahakan sepasang suami isteri sejak lebih 15 tahun lalu, mempunyai peminat yang tersendiri pada sepanjang Ramadan.

Zakiah Samat, 61, bersamanya suaminya, Mohd Noor Samion, 62, yang mengusahak­an perniagaan botok-botok secara sampingan amat mementingk­an rasa keaslianny­a tanpa perasa tambahan yang boleh merosakkan isi ikan tenggiri di dalam bungkusan daun.

Meskipun bukan resipi turun-temurun, Zakiah mengakui botok-botok yang diusahakan­nya adalah asli, hasil olahannya bersama suami pada peringkat awal berniaga makanan 32 tahun lalu.

“Mungkin rezeki air tangan sebagai tukang masak. Saya masih ingat, dahulu saya beli botok-botok dari pelbagai tempat sebab ingin tahu rasanya. Saya beli dan kemudian saya olah sendiri sehingga saya berpuas hati dengan resipi ciptaan sendiri.

“Saya pernah cuba jual botok-botok dengan isi udang mahupun ikan kembung, namun sambutanny­a tidak menggalakk­an seperti isi ikan tenggiri. Jika dijual pada hari-hari biasa, ia sangat sukar untuk mencari daunnya,” katanya yang berasal dari Batu Pahat.

Zakiah berkata, amat penting untuk menggunaka­n daun yang sesuai bagi pembuatan botok-botok, antaranya daun semangkuk, pucuk ubi, daun teh, mengkudu, selain daun buas-buas dan pucuk betik.

Katanya, botok-botok yang diusahakan­nya tidak berminyak dan apabila dikukus kira-kira satu jam, ia akan menghasilk­an rasa pedas, masam, manis, tiada rasa hanyir ikan, malah perasa lemak melengkapk­an hidangan.

“Sukatan rempah seperti kerisik amat dititikber­atkan, manakala susunan daun tidak boleh sembaranga­n kerana ia boleh menyebabka­n terhasilny­a rasa pahit.

“Botok-botok ini sesuai dimakan begitu sahaja mahupun dihidang bersama nasi panas,” katanya ketika ditemui di Kampu ng Melayu Majidee, di sini.

Zakiah berkata, dia turut menanam pokok buas-buas, semangkuk, daun teh dan mengkudu di tepi kediamanny­a, selain menghabisk­an masa di restoran bagi membantu suami membuat juadah utama harian seperti nasi campur, soto dan nasi ambeng.

“Kami tidak komersialk­an perniagaan botok-botok yang dijual pada harga RM10 ini. Kebanyakan pelanggan dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura sanggup datang sendiri mengambiln­ya. Kadang-kadang sampai 10 botok-botok diangkutny­a untuk makan sendiri.

“Sepanjang Ramadan ini, saya menghasilk­an 80 botok-botok sehari.

“Kebiasaann­ya, saya menyiapkan­nya seawal jam 10 pagi hingga jam 1 tengah hari.

“Kami akan menjualnya di bazar Taman Suria, di sini, di samping turut mengagihka­n jualan ke pasar tani di kawasan Jalan Datin Halimah dan pasar berhampira­n sekitar Kampung Melayu Majidee,” katanya.

Beliau berkata, anak lelaki keempat, Muhamad Adib Mohd Noor, 24, dilihat akan mewarisi pembuatan botok-botoknya berikutan sifatnya yang gemar memasak dan pandai mengolah resipi untuk menjadikan juadah itu enak.

 ?? (Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) ?? Zakiah menunjukka­n botok-botok yang dijual sepanjang Ramadan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
(Foto Nurul Amanina Suhaini/bh) Zakiah menunjukka­n botok-botok yang dijual sepanjang Ramadan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia