Berita Harian

Abdul Halim dikecualik­an bayar PTPTN

Pinjaman berjumlah RM26,000 selesai melalui manfaat takaful

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my

Machang: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah mengecuali­kan bayaran balik pinjaman berjumlah RM26,000 kepada seorang graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menderita kanser pangkal hidung tahap empat.

Pengurus Besar PTPTN Negeri Kelantan, Mohd Azrul Akmal Mamat, menyerahka­n surat pengecuali­an bayaran balik pembiayaan PTPTN itu kepada Abdul Halim Mat Hassan, 26, di rumah keluargany­a, petang semalam.

Mohd Azrul Akmal berkata, pihaknya mengetahui kes Abdul Halim apabila membaca laporan disiarkan BH dan Harian Metro pagi semalam, mengenai kegigihan graduan itu membela dan menjual arnab demi melangsaik­an pinjaman PTPTN.

“Kami menerima permohonan pengecuali­an pembayaran balik yang lengkap pada Januari lalu, sebelum permohonan­nya diluluskan pada Mac.

“Keseluruha­n pinjaman PTPTN beliau berjumlah RM26,000 sudah diselesaik­an melalui manfaat takaful. Ini bermakna beliau tidak perlu risau mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN ketika pengajian di UMK dahulu,” katanya.

Beliau ditemui selepas bertemu Abdul Halim di rumah keluarga nya di Kampung Kok Kiak dekat Bukit Tiu di sini, petang semalam. Penyerahan surat pelepasan itu disaksikan ibu bapanya, Mariah Ismail, 60, dan Mat Hasan Hamad, 62.

Mohd Azrul Akmal berkata, PTPTN sebagai sebuah agensi pembiaya utama pendidikan tinggi negara, sentiasa memikirkan kebajikan peminjamny­a dan Skim Pembiayaan Pendidikan dengan perlindung­an takaful berkelompo­k dilaksanak­an bertujuan melindungi pembiayaan yang diberi sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada peminjam.

Beliau berkata, sehingga 31 Mac 2020, seramai 10,742 peminjam mendapat manfaat daripada perlindung­an takaful membabitka­n jumlah RM182.5 juta.

Selain itu, seramai 9,857 waris atau penuntut sudah menerima khairat kematian sebanyak RM13.12 juta untuk tempoh yang sama.

Pagi semalam, BH melaporkan, Abdul Halim yang juga graduan Sarjana Muda Pengajian Warisan UMK, berusaha memelihara dan menjual arnab sejak dua tahun lalu demi kelangsung­an hidup, selain membayar hutang PTPTN.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar) ?? Abdul Halim (kanan) mendapat surat pengecuali­an bayaran balik PTPTN sambil ditemani kedua ibu bapanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Kiak Baka, Bukit Tiu, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar) Abdul Halim (kanan) mendapat surat pengecuali­an bayaran balik PTPTN sambil ditemani kedua ibu bapanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Kiak Baka, Bukit Tiu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia