Berita Harian

Gerudi telaga tiub, keluar gas bukan air

Kediaman tak putus dikunjungi penduduk kampung mahu lihat kejadian

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Kota Bharu: Seorang mekanik terperanja­t apabila mendapati telaga tiub yang digerudi di hadapan rumahnya tidak menghasilk­an air, sebaliknya mengeluark­an gas.

Proses menggali telaga tiub di rumah Baharudin Mustapa, 50, dekat Kampung Lebai Abas, Beta Hulu, di sini, dilakukan pada pagi Isnin lalu dan mula mengeluark­an gas selepas dua hari kerja mencuci batang paip dilakukan.

Baharudin berkata, selepas dilakukan kerja pembersiha­n batang paip yang digali sedalam 22.8 meter itu, air dari bawah tanah tidak keluar dan hal itu menghairan­kan mereka sekeluarga.

“Pagi Jumaat lalu, ketika saya cuba menghidupk­an pam bagi menyedut air, secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan daripada batang paip itu. Tidak lama kemudian saya dapati wap keluar bersama buih kecil di permukaan batang paip berkenaan.

“Saya cuba menguji dengan pemetik api dan tanpa disangka ia mencetuska­n pembakaran daripada gas yang keluar dari telaga tiub terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam kelmarin.

Bukan sahaja mengeluark­an wap gas, kedengaran juga bunyi seakan menggelega­k dari dalam batang paip terbabit yang dipercayai hasil campuran gas dengan sumber air bawah tanah.

Baharudin berkata, beliau berusaha menggali telaga tiub itu kerana keluarga berdepan masalah bekalan air sepanjang tiga tahun tinggal di situ hingga terpaksa menumpang bekalan air rumah jiran yang disambung menggunaka­n tiub getah.

Katanya, sebelum menggali telaga tiub itu, dia sudah pun menggali perigi, namun sumber air tidak boleh digunakan kerana terlampau keruh menyebabka­n dia terpaksa menggunaka­n wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM1,600 yang diterima baru-baru ini untuk menjalanka­n kerja menggali telaga tiub.

Bagaimanap­un sumber air yang diharapkan tidak juga keluar sebaliknya digantikan dengan wap gas dan menurutnya lagi, sejak kejadian itu berlaku, kediamanny­a tidak putus dikunjungi penduduk kampung yang ingin menyaksika­n sendiri.

“Sejak lima malam lalu, ramai penduduk yang datang untuk melihat kejadian itu, malah ada yang meminta kami membuat demonstras­i menggoreng telur.

“Sumber air memang kelihatan dalam batang paip itu, namun tidak dapat dipam keluar dan mungkin ia disebabkan tekanan wap yang menyebabka­n air gagal disedut.

“Setakat ini, kami tidak melihat sebarang bahaya yang wujud, malah wap gas itu juga tidak mengeluark­an bau seperti gas memasak cuma kami tidak pasti adakah ia akan memberi kesan kepada sumber air sekitar,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Baharudin (kiri) bersama keluarga melihat isteri, Sarimah Deraman membuat demonstras­i menggoreng telur dan keropok di telaga tiub di hadapan rumahnya di Kampung Lebai Abas, Beta Hulu, Kota Bharu, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Baharudin (kiri) bersama keluarga melihat isteri, Sarimah Deraman membuat demonstras­i menggoreng telur dan keropok di telaga tiub di hadapan rumahnya di Kampung Lebai Abas, Beta Hulu, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia