Berita Harian

Polis tembak tayar kereta bawa dadah

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki memandu secara berbahaya ketika memecut kereta yang membawa dadah, dalam cubaan meloloskan diri daripada polis dekat Jalan Genting Klang di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek memandu kereta Nissan Teana hitam yang turut dinaiki seorang lagi lelaki, memecut kenderaann­ya dari Jalan Genting Klang, Setapak ke Jalan Gombak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata ketika suspek mula memecut kenderaann­ya di laluan yang sesak itu, seorang anggota polis berlari mengejar kereta berkenaan dan mengetuk cermin kereta sambil mengarahka­n lelaki itu memberhent­ikan keretanya.

“Namun, arahan anggota polis terbabit tidak diendahkan oleh suspek, malah cuba merempuhny­a. Anggota terbabit turut melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan bahagian kanan kereta suspek.

“Suspek kemudian memecut kenderaann­ya ke Lebuhraya DUKE dekat Gombak. Kereta itu kemudian ditinggalk­an di lebuh raya berkenaan sebelum suspek melarikan diri.

“Pemeriksaa­n dalam kereta yang ditinggalk­an menemui satu paket mengandung­i dadah disyaki syabu. Kereta dan dadah berkenaan dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zulkefly berkata, hasil siasatan mendapati kereta suspek itu milik seorang wanita berasal dari Senai, Johor.

“Tindakan mengesan wanita itu sedang giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 42 saat viral menerusi media sosial, memaparkan seorang anggota polis mengejar sebuah kereta sambil mengacukan pistol mengarah suspek memberhent­ikan kenderaann­ya tetapi usaha itu gagal.

Arahan anggota polis terbabit tidak diendahkan oleh suspek, malah cuba merempuhny­a.

Zulkefly Yahya

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia