Berita Harian

Lelaki cedera tertimbus ketika gali kubur

-

Jerantut: Seorang lelaki cedera selepas tertimbus tanah ketika sedang menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Jalan Jerantut-benta, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mohd Nor Aizam Ghazali@jamaluddin, 37, dari Kampung Baru cedera di kaki dan leher.

Mohd Nor Aizam berkata, sebelum kejadian dia sedang membetulka­n liang lahad, sebelum secara tiba-tiba tanah runtuh dan menimbus keseluruha­n tubuh hingga ke kepalanya.

“Saya rasa macam mati hidup semula dan ketika itu (kejadian) rasa dunia ini gelap gelita. Dalam hati saya hanya mampu mengucap dan menggangga­p kematian sudah di depan mata.

“Bagaimanap­un, saya bernasib baik kerana ada rakan lain di situ yang membantu mengorek tanah dan menarik saya keluar dengan segera, termasuk seorang lagi rakan, Haizam yang hanya tertimbus hingga bahagian pinggang,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, kejadian yang menimpanya itu tidak akan dilupakan seumur hidup apabila tertimbus di dalam kubur yang digali sendiri.

“Akibat kejadian ini, saya mengalami sesak nafas, cedera pada kaki dan leher, manakala rakan pula hanya cedera ringan,” katanya yang melakukan kerja mengali kubur secara sambilan sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal, berkata dalam kejadian jam 9.37 pagi itu mangsa berjaya dikeluarka­n oleh orang ramai yang berada di lokasi, sebelum dibawa ke Hospital Jerantut untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Sepasukan tujuh anggota dan seorang pegawai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, bagaimanap­un sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati mangsa berjaya diselamatk­an orang awam,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superinten­dan Mazlan Hassan, ketika dihubungi mengesahka­n tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian berkenaan.

 ?? (Foto Roselan Ab Malek/bh) ?? Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris (kanan) ketika menziarah Mohd Nor Aizam di rumahnya di Kampung Baru, Jerantut.
(Foto Roselan Ab Malek/bh) Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris (kanan) ketika menziarah Mohd Nor Aizam di rumahnya di Kampung Baru, Jerantut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia